Baca ini dulu ya :)



Salam ^___^...terima kasih kerana singgah di blog hunny. Singgah, singgah juga. Baca, baca juga...tapi, hunny mohon, untuk mengingatkan diri hunny juga, agar janganlah blog ini dibaca sehingga anda mengabaikan kewajipan yang lebih utama. Hunnya tak mahu di akhirat nanti Allah tunjukkan pada hunny dosa hunny akibat menyebabkan ramai orang tinggalkan atau lengahkan solat, tak nak tolong ibu, tak buat kerja rumah, tak semak kerja murid, tak layan suami dan macam-macam lagilah...Jadi, kita beringat-ingat, berpesan-pesan ya. Allah suka lebih suka apabila kita bersederhana dalam sesuatu amalan, asalkan istiqamah dalam melakukannya :)...

Monday, January 24, 2011

Trip ke Serikin!!!

Salam^_^

Yeay!minggu lepas hunny dan kawan-kawan pergi ke Serikin untuk jalan-jalan(tujuan asal) dan membeli-belah(tujuan tanpa diduga).hehehe...setelah sekian lamanya hunny berhajat hendak ke serikin, baru sekarang tercapai hajat..kalau ada yang tidak tahu, Serikin adalah sebuah kawasan yang terletak di sempadan antara Sarawak dan Indonesia. Jadi, kalau dah kat sempadan, mestilah barangan indonesia yang banyak berlambak. Malas nak cerita panjang lebar, tengok gambar lagi ok kan????hehehe...scroll down!!



Pemandangan di Serikin...langit cantik sangat-sangat!!!


posing...posing! depan stall kerepek. Nasib baik pak cik jual kerepek sporting bagi kami bergambar depan stall kerepek miliknya walaupun kami tidak membeli apa-apa. (tolong promote la...)


penat berjalan, singgah di kedai kasut...sebab ada kerusi!keh3..perasan tak berapa banyak beg plastik kami. Murni (tengah) tolong bawa beg plastik hunny tu...hahahaha...makseh murni!!!


untuk Murni!!!


kedai barang anyaman...cantik3!

beli 'toto' la pula...adoyai T_T....toto adalah tilam nipis..jangan samakan dengan kedai nombor ekor pula. Hunny beli toto pun sebab mak hunny mengidam nak ada toto...huhuhuhu

"Kalau saya beli bantal pelok 10 boleh diskaun 100% tak?"

Tengok benda ni ada feel macam dalam cerita sinetron....keh3

pose lagi..pose lagi...


lapar....makan kat Chicago 7, central Park Kuching...bukan kat Serikin tau.

wajah gembira lepas shopping dan makan.hahahaha

posing di mana-mana..hihihihi

keletihan.....

selamat jalan Serikin (gambar ini diambil oleh Murni kira-kira selepas 1 jam meninggalkan Serikin..hehehe)...tengok beg plastik tu...tak cukup tempat nak letak barang.huhuhu



sweet memory! Thanks my friends!!! for such a wonderful trip.

Kami bertolak dari IPTAR seawal jam 7.30 pagi. Pada hari Ahad, pasar Serikin buka setengah hari, jadi kami pergi awal untuk mendapatkan tempat letak kereta. Perjalanan ke sana mengambil masa kira-kira satu setengah jam dari Samarahan. Walaupun sekarang keadaan cuaca tidak menentu, tapi di Serikin, cuacanya panas terik. Jadi, lain kali, jika anda nak berkunjung ke sana, bawa bekal payung atau topi. Kalau tidak pun, boleh beli topi dan payung di Serikin...^_^

Serikin says~shopping...shopping...shopping
hunny says~nothing beats a wonderful holiday and weekends trip with loved ones...getting to know new things is always a pleasure...creating memories that we will always treasure...

Monday, January 10, 2011

Mix and Match

Salam :)

Alrite, sebulan hunny bercuti daripada 'ngeblog' tapi itu tidak bermakna hunny dah melupakan dunia blog yang hunny 'cintai'. In fact, i've been gathering materials for this blog and soon, I'll share everything, Insya Allah.

Sinonim dengan bermulanya tahun baru, adalah azam baru bagi setiap orang. hampir setiap orang akan menyediakan azam atau sasaran tertentu yang harus dicapai sebelum tahun ini berakhir. Tapi, hunny tak nak berbicara tentang azam. In fact, my second post on 2011 will talks about 'relationship'. Anggap sajalah 'erti syukur' adalah post untuk akhir tahun 2010. (Gosh..my introduction is awfully boring...azam baru,baiki dan baiki lagi!apa2 jak la T_T)
scroll down please....



gambar apa?
yes, gambar sudu, garpu dan pisau. Ada apa dengan tiga benda ni? Kalau hunny kata ketiga-tiga objek ni adalah objek yang hebat, boleh percaya tak? Hunny ada sebab tersendiri untuk mengklasifikasikan sudu, garpu dan pisau sebagai objek hebat.
sebabnya :

Pisau
merupakan antara teknologi ciptaan manusia yang terawal iaitu kira-kira pada 2 1/2 juta tahun yang lampau. sebelum manusia purba mencipta teknologi lain, mereka telah mencipta pemotong yang pada asalnya diperbuat daripada batu dan tulang binatang. Pisau dicipta untuk memudahkan manusia pada zaman dahulu berburu dan mendapatkan keperluan hidup seperti kayu api, pakaian dan sebagainya. Penciptaan pisau kemudiannya diperhalusi supaya lebih praktikal dan lebih sesuai dengan keperluan-keperluan tertentu tetapi asasnya tetap sama iaitu mempunyai sisi yang nipis dan tajam dan tujuannya tetap adalah sebagai pemotong. Dalam zaman yang semakin maju, pisau diberikan nilai komersial dan ditambah dengan nilai estetika menjadikannya sebagai salah satu barang yang wajib ada, sama ada di rumah, mahu pun di luar rumah. Tak percaya? google la sendiri tentang sejarah pisau. Konferm you all ternganga. Bentuk pisau disuaikan mengikut kegunaannya. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 100 jenis pisau yang digunakan untuk berbagai kegunaan. Amacam?hebat? siapa tahu, peralatan rumah yang kadang-kadang orang tak pandang rupanya adalah satu alat yang cukup diperlukan.

Sudu
Seperti pisau, sudu juga telah digunakan dalam tamadun awal dunia. Terdapat bukti menunjukkan bahawa sudu telah digunakan dalam tamadun Greek dan tamadun mesir purba. Selain untuk kegunaan sebagai utensil, sudu juga digunakan untuk sebagai alat pertabalan bagi kerajaan tertentu. Percaya atau tidak?Google la sendiri. Pada zaman dahulu, ada sudu yang diukir dengan simbol tertentu seperti simbol keagamaan dan kepercayaan. Jenis dan bentuk sudu yang berbeza digunakan oleh individu mengikut taraf dan peranannya dalam masyarakat.

Garpu
Garpu dicipta dengan bentuknya yang sebegitu bertujuan untuk memudahkan kita mengambil makanan. Hmmm....walaupun tidak banyak yang dicatatkan mengenai garpu dalam sejarah dunia, hunny tetap rasa bahawa garpu adalah salah satu alatan yang hebat. Kenapa ya?

Jenis pisau yang ingin hunny perkatakan di sini adalah pisau kutleri. Bukannya pisau yang digunakan untuk memotong buah atau daging dan sebagainya...terhad kepada pisau untuk makan sahaja (^_^). Baik, sekarang kita lihat apakah hubungan di antara pisau, sudu dan garpu. Cuba bayangkan, anda hendak menikmati hidangan nasi ayam di sebuah restoran. Pada kebiasaannya, hidangan anda akan disediakan dengan kutleri yang bersesuaian. Biasanya, kutleri yang disediakan adalah sudu dan garpu. Adakalanya, pisau pun turut disediakan. Kenapa? Jika anda hanya diberikan sudu, cuba bayangkan bagaimanakah anda hendak memotong daging ayam dengan mudah. Bayangkan pula jika anda hanya diberikan garpu. Bagaimana pula anda hendak menyuap nasi. Akhir sekali, bayangkan jika anda tidak diberikan sebarang kutleri. Jika nasi ayam anda disertakan dengan sup, bagaimanakah anda mahu menikmati sup tersebut? Kesimpulannya, hubungan antara sudu, garpu dan pisau bolehlah diibaraktan seperti irama dan lagu. Jika salah satu daripadanya tidak ada, maka adalah yang tidak kena. Persoalannya, tangan kita hanya dua. Maka, hanya 2 daripada 3 alatan tersebut boleh digunakan serentak pada satu-satu masa. Oeh itu, pasangan manakah yang akan kita pilih?

A. garpu dan sudu
B. Garpu dan pisau
C. Pisau dan sudu


Mungkin, ada pasangan yang tidak masuk akal. Jawapan A dan B adalah kebiasaan manakala jawapan C kedengaran agak pelik. Tetapi itu tidak bermakna pisau dan sudu tidak boleh digunakan bersama. Mungkin, keadaannya adalah di luar norma dan kebiasaan, tetapi ianya tidak melampaui batasan. Fungsinya tetap sama, yang satu digunakan untuk memotong dan yang satu lagi untuk menghirup sup dan menyuap nasi. Keduanya tetap memainkan peranan masing-masing iaitu membolehkan makanan dipotong dan diambil.

Di dalam kehidupan, kita akan menemui bermacam jenis hubungan. Ada hubungan yang biasa, ada juga hubungan yang luar biasa. Sejauh mana kita melihat peranan masing-masing di dalam sesuatu hubungan, tergantung kepada keterbukaan kita menerima hubungan tersebut. A dan B mungkin biasa, tetapi ada segelintir yang selesa dengan C. Kadangala, keputusan menentukan hubungan bukan dilakukan atas dasar 'apa yang biasa' tetapi 'yang mana yang selesa'...Sudu, garpu dan pisau adalah analogi tentang bagaimana kita mengatur hubungan sesama kita~tujuannya cuma satu...ke arah kegembiraan dan kebahagiaan. The choices? it's in your hand. A, B atau C?yang mana pilihan anda...anda sendiri yang tentukan...apa sekalipun, niat tidak pernah menghalalkan cara. Jika adab menjadi halangan kepada C harus diingat tujuan adab adalah untuk 'memperbaiki' tingkah laku manusia...


sudu says~segalanya diciptakan berpasangan
hunny says~pening baca post ni ulang-ulang kali. Tunggang langgang!What to do? Hunny sedang dalam usaha memperbaiki penguasaan Bahasa Melayu hunny (azam baru)...sila berikan sokongan ^_^

Thursday, January 6, 2011

Erti Syukur

salam ^^v

salam tahun baharu 2011!!!
fuyoooo..lama dah sik update blog. last post hunny was on hari raya korban kan, tahun lepas. lepas ya alu sikda. alasan~sibuk molah persiapan untuk exam (ye ke???) dan lepas ya cuti.hehehe...kat rumah hunny, liputan jalur lebar amatlah 'melemahkan semangat'. mok buka email pun sik dapat, apatah lagi nak tulis blog. untuk itu, terbengkalai la beberapa perkongsian..sebenarnya bukan terbengkalai, cuma tertangguh. untuk itu, harap maaf :)
Hehehehe...hunny tau hunny dah janji mok cita pasal sambutan Hari Raya Haji ka kampung dan upload gambar-gambar makanan sekali. tapi, sebelum ya, hunny rasa ada benda lain yang hunny fikir lebih bernilai untuk dikongsi bersama. Jadi untuk memulakan tahun baharu tok, rasanya elok hunny cita pasal benda baik kan..naa..walaupun sedikit 'basi' tetapi masih ada harga untuk dikongsi :) Insya Allah...

Ingat sik, sempenan hari raya aidiladha 2010 ya tek, TV3 ada menayangkan dokumentari khas ibadah korban. Sesiapa yang ada nangga setulus sinar Aidiladha, yang ditayangkan pada jam 5.30 petang taula apa yang hunny maksudkan. bagi yang sik tau, cuba try catch up TV. Mun sa malas jak, baca la entry tok sampai habis. Hunny cita sedikit sebanyak k. Mun ada yang tertokok terkurang ya sorila.hehehe :)

Dokumentari ya adalah tentang penduduk Islam di Kampung Cham, di Kemboja. Penduduknya adalah orang melayu champa dan boleh berbahasa Melayu. cuma, slanganya sedikit berbeza. Namun, sidak ada bahasa sidak empun juak. walaupun peratusannya sidak tinggi, sidak masih dikategorikan sebagai kumpulan minoriti di negara yang pernah mengamalkan fahaman komunisme ya. Semasa zaman pemerintahan Rejim Pol Pot, banyak umat Islam dibunuh dan sidak ya ditindas dengan sangat zalim. Sekarang, walaupun sistem pemerintahan dan bertukar, sidak ya masih mengalami masalah untuk membangunkan taraf hidup sendiri.
Berbalik kepada penduduk kampun Cham yang puratanya adalah penduduk miskin. Taraf hidup sidak sangat menyedihkan dan dari segi kemudahan, memang amat daif. Hunny sendiri pun sedih nangga betapa daifnya kehidupan sidak.Dokumentari ya turut menunjukkan bahawa sumber makanan sidak biasanya adalah ikan air tawar dari Sungai Mekong. Nak dapat ikan laut nang hampir mustahil sebab terlalu mahal bagi sidak. Apatah lagi nak merasa ayam dan daging. Boleh dikatakan setahun sekali jak sidak dapat makan daging. Ya pun, mun ada orang yang sudi menunaikan ibadah korban kat kampung sidak. (imagine jak, kita biasanya sikda sik makan daging. arum kebulak, hari-hari makan ayam. Pas trima gaji jak, alu seminggu makan kat KFC, Kenny Rogers, Sugarbun..nang mewahlah...hmmm...)
Pada tahun penggambaran dokumentari tok dipolah, (siyes hunny sik tau sambutan hari raya haji dalam dokumentari ya adalah raya tahun bila ) sikdala orang yang mampun untuk melaksanakan ibadah korban kat kampung ya tek. Jadi, tok Imam kampung ya tek susah hati. Mun sikda orang mokbeli lembu untuk dibuat korban, habisla punca pendapatan pengembala lembu kampung ya. (lupa nak madah, kebanyakkan penduduk kat kampung ya jual lembu. tapi memandangkan ya punca pendapatan sidak, sik dapatlah sidak makan sesuka hati walaupun teringin nak makan daging)
Dipendekkan cerita, adalah seorang hamba Allah dari Malaysia sudi pergi ke kampung Cham ya dan membeli beberapa ekor lembu daripada penduduk kampung untuk dikorbankan. Maka, gembiralah penduduk kampung ya dengan rezeki yang diperoleh. Pengembala-pengembala lembu pun hepi juak. pastok adalah duit belanja pake shopping (kidding...hehehe...Act, for these people, there is no place for desire, there are only space for needs)
Ada sigek part ya nang molah air mata sa nak menitis jak. Ada sigek family tok, si suami ada masalah penglihatan. Family sidak pula besar. Ada 9 orang. Punca pendapatan sidak cuma mengambil upah 'menambang'...err..macam tarik beca tanpa beca. Purata pendapatan sebulan adalah lebih kurang RM50. Sidak sikkan ada lauk sampailah si suami balik dari kerja. Jadi, mun anak-anak dah lapar, mak sidak akan suapkan sidak dengan nasi berkuah air kosong, dicampur dengan sedikit garam. ya ajak..aduh, pilu benar hunny nangga. Hunny bukan main cerewet gik mun bap2 makan. Tapi ada gik manusia di dunia yang sikpat minta lebih sedikitpun daripada apa yang ada. Apatah gik nak komplem macam2. Sapa yang suka komplen makanan ya sedar2 la ye...

Sigek part gik, ada seorang tukang gunting rambut. Yang specialnya, tukang gunting tok cacat tangan, hilang beberapa jari. Pasya kakinya kudung sebelah. Boleh bayangkan sik tukang gunting yang cacat tangan???Pasya, dapat bayangkan sik macam ney nya dapat berdiri lama-lama tanpa bantuan topang? Tapi, sesusah ney pun, katanya, ya adalah lebih baik daripada mendapat rezeki yang haram dan meminta sedekah...wuuuuu...respek abisla ngan brader tok. Hunny pula pandai minta duit dari mak ayah jak walaupun sihat sempurna tubuh badan (T_T)...malu2..

Syukurlah hamba Allah ya berbesar hati untuk membantu penduduk kampung ya. Mun sik silap, sidak dapat bantuan dari banyak negara lain juak. Tapi sidak masih juak memerlukan bantuan dari segala segi untuk memperbaiki taaraf hidup sidak. So, rajin-rajinla hulurkan tangan, ringankan beban. Hmmm...mun nak mula dengan orang Kemboja nun sa macam jauh jak, mulalah dengan orang di sekeliling kita. Banyak tau, yang perlukan bantuan.
Untuk bakal guru macam hunny, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik bakal anak murid kita kelak~mun sidak orang susah, tunjukkan jalan keluar dari kesusahan ya. Mun bukan orang susah, pimpin sidak untuk 'memberi'.

Benarlah kata hamba Allah ya tek, kalau tak kenal hitam, masakan kita menghargai putih. Kalau kita tak pernah mengenali kesusahan, masakan kita reti mensyukuri kesenangan.....
Story says~be thankful
Hunny says~sometimes, I do feel bad when i cudn't finish my meal, and opkoz, pingu akan ingatkan tentang penat lelah petani yang tanam padi ya tapi hunny selamba jak bazirkan (hunny tau pingu gurau tapi hunny pandang serius sebab pembaziran nang bukan satu perkara yang baik)~alrite...insaf mode (T_T)