Baca ini dulu ya :)



Salam ^___^...terima kasih kerana singgah di blog hunny. Singgah, singgah juga. Baca, baca juga...tapi, hunny mohon, untuk mengingatkan diri hunny juga, agar janganlah blog ini dibaca sehingga anda mengabaikan kewajipan yang lebih utama. Hunnya tak mahu di akhirat nanti Allah tunjukkan pada hunny dosa hunny akibat menyebabkan ramai orang tinggalkan atau lengahkan solat, tak nak tolong ibu, tak buat kerja rumah, tak semak kerja murid, tak layan suami dan macam-macam lagilah...Jadi, kita beringat-ingat, berpesan-pesan ya. Allah suka lebih suka apabila kita bersederhana dalam sesuatu amalan, asalkan istiqamah dalam melakukannya :)...

Monday, July 5, 2010

tik..tak..toe...

orang kata..patah tumbuh hilang berganti...
hunny kata..yang hilang takkan sama dengan yang diganti...
hunny kata lagi, yang patah, macam mana nak tumbuh..sambung je la...kan???

siapala yang tak pernah rasa kehilangan dalam hidup..hilang gigi...hilang duit..hilang pensel...hilang baju...hilang kucing..hilang arah...dan macam-macam kehilangan..semuanya mengecewakan dan menyedihkan...

tapi..biasanya,bila bercakap tentang kehilangan yang sangat2 menyedihkan, orang akan kata ~
"kehilangan orang tersayang"
hunny kata~kehilangan orang tersayang secara tiba-tiba, pastu kesunyian...tu la yang lagi menyedihkan...mcm...kehilangan sebahagian dari diri sendiri...

hunny mahu cerita satu kisah...kisah cinta..kehilangan...dan kesunyian...

zaman dulu kala ada seorang jejaka,
baik budi pekerti kiri kanan orang memuji

cukup sudah umur mudanya,
untuk dia berumahtangga,
bakal isteri pilihan keluarga,
gadis jelita orang berada

uda dan dara berumahtangga,
kini punya keluarga bahagia,
4 orang cahaya mata,
penyeri hidup mereka berdua

uda dan dara meningkat tua,
anak-anak dewasa sudah,
masing-masing berumah tangga,
hadirlah cucu tambah meriah...

ragam hidup banyak menduga,
susah payah tak pernah sendiri,
suka duka dikongsi bersama,
berjanji berdua sehidup semati

tersebut kisah bahagianya cinta,
mengundang dengki dan sakit hati,
tidak berbelas menghantar bencana,
cinta terpisah kerana mati

pergi sudah isteri tercinta,
rindu dendam menyeksa hati,
hiburan dan harta tidak bermakna,
apabila hati terasa sunyi

semua cara sudah dicuba,
ingin merasa bahagia lagi,
makin pilu jiwa terasa,
kerana isteri tiada lagi

hidup yang dulu sedia terjaga,
sudah bertukar tidak terurus,
makan minumnya sebarangan sahaja,
nasi putih dan sayur rebus

terdetik hati kerana sunyi,
melepas geram ke anak cucu,
semua hubungan ditolak ke tepi,
hati menjadi sekeras batu

sakitnya sunyi tidak terperi,
semua dibuat terasa salah,
hati menangis setiap hati,
mengenang diri sendiri sudah

susah senang dulu dikongsi,
kini tiada tempat mengadu,
saban hari terkenang isteri,
potret digantung ditatap sayu

hati yang dengki berasa gembira,
melihat uda hilang pedoman,
selagi uda masih bernyawa,
rancangan jahat terus berjalan

uda kini sudah berubah,
tidak peduli hormat dan puji,
kerana hati tak rasa kebah,
sanggup ingkar sumpah dan janji

ibarat lupa diri dah tua,
uda tekad mencari pengganti,
apa diharap si anak dara,
hanya melepas dendam di hati

berdua sudah kini si uda,
dengan dara seusia cucu,
tapi bukan kerana cinta,
tapi hati yang sunyi terlalu

anak dan cucu sedih sekali,
hilang nenda dan atuk pun pergi
kerana cinta manusia bahagia,
tapi derita kerana sunyi...

uda disayang kerana cintanya
pada nenda tidak berbagi
tetapi sunyi menyeksa jiwanya
uda yang dulu tiada lagi...

people change...banyak perkara boleh mengubah manusia..menjadi insan yang lebih baik atau sebaliknya...kadang-kadang, kita berubah tanpa memikirkan kesan kepada orang yang sayang kat kita...
uda was once a very loving, caring and well-respected person..but when his wife died, he loses part of him...and never recover...

story says~soul flava...bitter...
kata hunny~soul flava...harsh...

sumtimes, life is bitter...as coffee..tapi kita boleh tambah aiskrim..supaya rasanya lebih enak...scroll down...


coffee ice-cream

1 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan air panas
1 sudu gula
2 sudu nescafe

pukul susu cair sampai kembang, pastu masukkan gula dan susu pekat...
masukkan nescafe yang dah dibancuh dengan air panas
pukul dan pukul lagi..
pastu masukkan ke dalam acuan
pastu masuk dalam freezer..biarkan beku, keluarkan semula...pukul lagi
dan masukkan dalam freezer lagi...
patutnya dah siap...hehehehe

kata hunny~hunny belum cuba...anyhow..selamat mencuba! peace!

No comments: