Baca ini dulu ya :)



Salam ^___^...terima kasih kerana singgah di blog hunny. Singgah, singgah juga. Baca, baca juga...tapi, hunny mohon, untuk mengingatkan diri hunny juga, agar janganlah blog ini dibaca sehingga anda mengabaikan kewajipan yang lebih utama. Hunnya tak mahu di akhirat nanti Allah tunjukkan pada hunny dosa hunny akibat menyebabkan ramai orang tinggalkan atau lengahkan solat, tak nak tolong ibu, tak buat kerja rumah, tak semak kerja murid, tak layan suami dan macam-macam lagilah...Jadi, kita beringat-ingat, berpesan-pesan ya. Allah suka lebih suka apabila kita bersederhana dalam sesuatu amalan, asalkan istiqamah dalam melakukannya :)...

Thursday, November 8, 2012

What would I be, if I am not what I will be??

Salam ^________^

Ada beberapa perkara tidak terduga hadir dalam beberapa hari ini, jadi hunny terfikir, sekiranya hunny tidak menjadi apa yang hunny usahakan selama lima tahun setengah, agaknya hunny akan jadi apa??(dalam terma pekerjaan)...

1. Pemandu Van Sekolah
Hunny suka budak-budak sekolah (terutama sekali yang baik dan dengar cakap cikgu.hehehe). Kena usahakan. Mana nak cari van sekolah ya???

2. Kerja kat bakery (Kedai Kek)
Tak kisahlah kalau sekadar kerja sebagai 'cashier'. Yang penting, dikelilingi oleh kek yang comel-comel dan cantik-cantik belaka.hehehe

3. Blogger tegar
Masalahnya, sampai sekarang pun pv sangan menyedihkan :( huhuhu

4. Penulis buku motivasi
Dalam kepala sekarang tengah ada idea nak tulis buku 'Teknik Menghadapi Harapan Harapan Yang Musnah'. wahahahaha

5. Pustakawan
Kalau dapat jadi pustakawan, memang tak payah kerja seumur hidup. Kan orang kata, pick your hobby as your job, and you will never have to work for the rest of your lives. Btl3 >.<

6. Ghostwriter
Siapa nak ambil hunny jadi ghostwriter boleh isi borang ye. Genre terhad kepada yang memberi manfaat sahaja. TQ.

Anda pula bagaimana? Apa agaknya kerjaya anda sekiranya anda tidak bekerja seperti sekarang? Walau apa pun, masa hadapan dan rezeki adalah hak Allah, rahsia Allah. Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita kan :) . Kepada rakan-rakan senasib (hihihihi), jom doa banyak-banyak semoga dipermudahkan segala urusan, dan termakbul segala keinginan. Amin....Banyak-banyak bersabar, dan janganlah melakukan sesuatu yang akan disesali di kemudian hari. Sekian sahaja entry untuk kali ini
^____^ wassalam...

No comments: