Baca ini dulu ya :)



Salam ^___^...terima kasih kerana singgah di blog hunny. Singgah, singgah juga. Baca, baca juga...tapi, hunny mohon, untuk mengingatkan diri hunny juga, agar janganlah blog ini dibaca sehingga anda mengabaikan kewajipan yang lebih utama. Hunnya tak mahu di akhirat nanti Allah tunjukkan pada hunny dosa hunny akibat menyebabkan ramai orang tinggalkan atau lengahkan solat, tak nak tolong ibu, tak buat kerja rumah, tak semak kerja murid, tak layan suami dan macam-macam lagilah...Jadi, kita beringat-ingat, berpesan-pesan ya. Allah suka lebih suka apabila kita bersederhana dalam sesuatu amalan, asalkan istiqamah dalam melakukannya :)...

Wednesday, March 13, 2013

Selamat Bertugas :)

As Salam ^____^

Lama sungguh tidak menjenguk blog. Jika on9, biasanya hunny akan tengok blog2 resipi untuk cari resipi baharu untuk dicuba. Maklumlah, sepanjang tempoh menanam anggur, hunny agak sibuk dengan kerja-kerja rumah. (menyibukkan diri)
 Alhamdulillah, minggu lepas, telah keluar senarai nama interim guru di sekolah-sekolah rendah. Rezeki hunny dan rakan-rakan seperjuangan :)
Hunny telah ditugaskan di SK Nanga Dalai, Song. Hunny sendiri belum tahu bagaimana keadaan dan perjalanan ke sekolah memandangkan hunny belum melapor diri. Sekolah hunny adalah sekolah pedalaman P2..sekali lagi hunny panjatkan syukur ke hadrat Illahi atas rezeki yang diberikan. Walaupun ada cabaran tersendiri, namun Hunny yakin, setiap kesusahan itu Allah datangkan bersama kemudahan.
Alhamdulillah, hunny juga ditempatkan di kawasan yang sama dengan En. Pingu walaupun tempat En. Pingu bertugas lebih jauh dan lebih sukar dihubungi.
Terpisah dengan keluarga dan orang tersayang membuatkan hunny faham perasaan Anggota Pasukan Keselamatan yang sedang bertugas di luar sana, terutama sekali mereka yang bertugas di Lahad Datu Sabah. Mereka yang terlibat dengan OPS Daulat sanggup meninggalkan keluarga dan orang tercinta untuk menjalankan tugas menjaga kedaulatan negara...sedangkan hunny yang bertugas sebagai guru pun terasa berat, apalagi mereka yang bakal berdepan musuh dan bahaya.
Wajarlah, kita sebagai rakyat Malaysia menghargai pengorbanan mereka. Semoga semua Anggota Pasukan Keselamatan kita dilindungi daripada bahaya dan dapat terus mempertahankan tanah air tercinta..

Buat rakan-rakan seangkatan yang bakal dan baru bertugas, kuatkan semangat dalam menempuh segala cabaran :)

2 comments:

anak cik talip said...

iteew dh lama berjauhan ngan keluarga iteew elok ajewww haha

--> happy blogin

Nur Affa said...

memang dah lamak glak kmk x nangga ktk in... apa khabar? sihat? apa cerita terbaru? u still have my email rite? do give me a greet if you have time.. :)

-love-