Baca ini dulu ya :)



Salam ^___^...terima kasih kerana singgah di blog hunny. Singgah, singgah juga. Baca, baca juga...tapi, hunny mohon, untuk mengingatkan diri hunny juga, agar janganlah blog ini dibaca sehingga anda mengabaikan kewajipan yang lebih utama. Hunnya tak mahu di akhirat nanti Allah tunjukkan pada hunny dosa hunny akibat menyebabkan ramai orang tinggalkan atau lengahkan solat, tak nak tolong ibu, tak buat kerja rumah, tak semak kerja murid, tak layan suami dan macam-macam lagilah...Jadi, kita beringat-ingat, berpesan-pesan ya. Allah suka lebih suka apabila kita bersederhana dalam sesuatu amalan, asalkan istiqamah dalam melakukannya :)...

Showing posts with label hunny. Show all posts
Showing posts with label hunny. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

Pemilik Cintaku, Selepas Allah dan Rasul


" InsyaAllah, yang penting yakin dengan kebolehan diri sendiri,k. Selamat membentang kertas kerja dan selamat maju jaya. Kecemerlangan itu diri sendiri yang menentukannya, ayah emak tetap mendoakan kejayaan untuk semua,amin"


Mesej teks yang ayahanda tersayang kirimkan semasa hunny minta doa restu agar dipermudahkan segalanya semasa pembentangan laporan kajian tindakan tempoh hari. Menitik terus air mata on the spot..(wahaha..tu la pasal kena guna text message. Boleh buat-buat cover tak nangis. Bukan sengaja tak nak call. Kalau call, haru-biru la alamatnya T_T)..ok, cukup induksi untuk hari ini.hehehehe :)..intro la...

Assalamualaikum ^____^

Apalah hunny, sikit-sikit cinta. Naik muak juga membacanya >.<..muak ke????hehehe...Jika sebelumnya hunny banyak membebel pasal cinta kepada pasangan (tak la banyak pun sebenarnya), kali ini, hunny nak kongsi tentang cinta manusia yang paliiiiiiiiiiiing suci, 'unconditional love' kata orang putih iaitu cinta ibu bapa kepada anak-anak...
Betul, bukan nak cakap besar, menitis air mata hunny masa terima sms daripada ayah masa tu. Hunny kirim sms yang sama pada mak...Minta doa dan restu...mak lambat sikit membalasnya sebab kebetulan masa tu mak ada kerja sikit kat masjid. Tapi, masa kat rumah Allah itu juga la bonda tercinta mendoakan agar anaknya yang macam ragam ni berjaya dunia akhirat, khususnya menempuh pembentangan kajian tindakan yang payah nak cakap tu...Hunny yakin, bukan hunny seorang yang begini. Pembaca juga kan? :)

Dari mula sebelum kita terbentuk jadi zigot lagi mak dan ayah kita memang mengimpikan kelahiran kita, menyayangi dan mengasihi kita sepenuhnya. Tak percaya? Berapa ramai yang masih belum nikah tapi dah berangan nak rancang ada anak sampai empat lima orang???Allah dah wujudkan naluri keibuan dan kebapaan tu sebelum seseorang ibu mengandung anak sulung..See...senang cakap, 'i know i love you before i met you'..kiranya macam itulah ibu dan ayah kita sayang dekat kita, lama sebelum kita terbentuk dalam rahim ibu. Kalau ada yang kata ibu sayang padaku sejak lahir, salah tu. Ibu dan ayah menyayangiku sedari dalam kandungan pun salah...hehehe...memandai je hunny. Tapi betullah tu..:P

Restu dan doa ayah ibu, ibaratnya seperti pos laju nak dapatkan redha Allah dalam melakukan sesuatu..contohnya, kalau esok kita ujian, malam ni kita sungguh-sungguh belajar. Siap solat sunnat hajat dua rakaat lagi mohon agar dipermudahkan menjawab soalan ujian. Tapi, kita lupa nak minta restu dan doa daripada orang tua. Yela, sibuk menelaah kan, sampai terlupa..InsyaAllah, dengan doa dan usaha kita tu tadi, kita akan dapat menjawab soalan ujian, jika itu rezeki kita. Tapi, ada tapinya, kadang-kadang, mesti ada rasa sedikit kekurangan. Resah semacam masa duduk ujian...kenapa agaknya? Cuba kalau sebelum duduk ujian, minta izin, doa dan restu dari ibu bapa dulu. Lapaaaaaaaaaang benar dada. Tak percaya??Cuba>.<

Dari kecil sehingga umur sekarang, entah berapa kali kita sakitkan hati ibu bapa dan kecewakan hati mereka. Tapi, pernah tak mereka buang jauh-jauh perasaan sayang mereka kepada kita? Tak pernah :) Kalaupun ada ibu bapa yang tidak menunjukkan kasih sayang mereka melalui peluk cium, keprihatinan mereka terhadap segala keperluan dan kehendak kita tanpa kita minta sudah cukup untuk membuktikan kasih mereka yang cukup suci itu.

Ramai orang tanya, kenapa hunny selalu sangat balik rumah. Asal ada peluang je balik. Asal ada peluang je balik.hehehehe...sekarang hunny nak jawab pertanyaan anda.

1. Kalau masa hunny bayi, tiap kali hunny nangis nak susu, nak tukar pampers, takut dan macam-macam lagi...walau macam mana letih pun mak, macam mana lena pun dia tidur, dia tetap akan bangun dan pastikan hunny tidur lena sampai ke pagi. Jadi, tak patut hunny tak nak balik rumah jenguk mak dan ayah setiap kali ada kesempatan. Kan?

2. Kalau masa hunny kecil, ayah selalu tolong hunny buat benda yang hunny tak tahu buat. Hunny ingat lagi, ada kerja sekolah ukiran kayu. Hunny tak tahu buat. Ayah pun tak tahu buat. Tapi, ayah tetap juga tolong hunny buat ukiran tu sebab dia tak nak hunny tak buat kerja sekolah. Jadi, patut tak hunny tak balik rumah dan tak tolong mak ayah?

3. Tiap kali hunny dan adik-beradik balik rumah, ayah dan mak pasti akan masakkan makanan kegemaran kami walaupun sebenarnya mereka sendiri tak makan makanan tu. Ayah hunny tak makan ikan pari. Tapi sebab dia tahu kita orang adik beradik suka makan ikan pari bakar, dia selalu belikan. Happynya mak ayah bila anak-anak ada di rumah, jadi, patut kah hunny tak nak balik rumah?

4. Sejak kecil, ibu bapa akan cuba untuk gembirakan hati kita. Belikan makanan yang kita suka, belikan baju yang kita suka, mainan, timang-timang, garu-garu belakang sampai kita tertidur (ni kes adik kecil hunny.hehehe)...jadi, kalau dengan cara menjenguk mereka boleh buat mereka gembira, apa salahnya kita buat kan? :)

5. Rumah hunny dekat saja dengan kampus. Tempat kerja ayah pun dekat juga. Jadi, kalau nak balik rumah, senang. Tinggal call saja ayah, nak ikut balik, dah boleh balik. Takde alasan sebenarnya hunny tak balik rumah melainkan ada tugasan di kampus.

Banyak lagi sebenarnya sebabnya. Pembaca sendiri pun boleh senaraikan sebab kita ni sama-sama anak kepada insan bergelar ibu dan bapa. Mohon maaf kalau jawapan hunny menyinggung perasaan yang pernah bertanya. Bukannya hunny jemu menjawab, cuma, mahu berkongsi di sini agar kita beringat-ingat bahawa kasih sayang ibu bapa kepada kita amaaaaaaaaatlah besar. Jadi, selagi ada daya untuk mengasihi, menjaga, menyayangi dan membalas jasa mereka, kita lakukanlah. Ya :)..Bagi yang belum call mak ayah tanya khabar tu, buat sekarang :)hehehehe...Bagi yang sudah tiada ibu bapa, sedekahkanlah doa untuk mereka kerana doa anak soleh, adalah bekalan amal yang berterusan untuk mereka di sana. 'Anak soleh' tau. Jadi, sendiri kena mau ingat.hehehe
...mak ayah tak pernah lokek doakan kita, jadi jangalah malas doakan mereka. Sekurang-kurangnya, itulah yang mampu kita lakukan kalau kita dah tak mampu buat benda lain untuk menggembirakan mereka. InsyaAllah..

Bagi yang belum tahu, hunny nak kongsikan di sini doa untuk ibu bapa :) Amalkanlah ya...ju baca rami-rami ^__^


Thursday, June 14, 2012

Salam ceria ^_____^

ceria ceria ceria! ceria sangat2 sebab dah kemaskini rupa dan wajah blog hunny yang telah lama ditinggalkan. Kuning kuning dan kuning!Yellow equals to happy!OK. Sukaaaaaa sangat-sangat! Welcome back Cik Noor, to the Bologging World! 

Tuesday, February 8, 2011

'malenggang patah-patah'

salam dunia! ^_^v

Assalamualaikum...
Gong Xi Fa Chai kepada semua rakyat Malaysia yang menyambut Tahun Baru Cina pada tahun ini...Mana-mana pun jumpa arnab, cecomel teramatlah sangat ^_^.hihihihi
Bersempena dengan cuti CNY selama seminggu, hunny pun melakukan acara wajib yang diadakan setiap kali musim perayaan tiba iaitu 'BALIK KAMPUNG'!yeah!!!(mentang-mentang dekaaatttt...)

Bersempena dengan musim cuti sekolah ini juga, ramailah pasangan merpati dua sejoli mengambil keputusan untuk naik ke jinjang pelamin dan mengadakan kenduri kendara yang meriahnya, sudah teramatlah pasti, termasuklah jiran hunny. Tahniah yerrrr, semoga kekal sampai bila-bila ^_^

~'malenggang patah-patah' adalah sebaris lirik dalam lagu 'poco-poco' nyanyian penyanyi dari negara seberang. Lagu ini biasa digunakan sebagai lagu untuk senaman 'poco-poco'..(poco-poco???) Bagi sesiapa yang belum tahu apa itu poco-poco, sila klik link di bawah
http://www.mohdhafez.net/jom-poco-poco/

Di sesetengah tempat seperti di kampung hunny, senaman poco-poco ini bukan setakat dijadikan sebagai aktiviti senaman tetapi turut dijadikan sebagai persembahan dalam majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Hari tu, masa kenduri jiran hunny, adik kecik hunny dan kumpulan poco-poconya telah diberi kesempatan untuk mempersembahkan tarian poco-poco mereka. Kumpulan adik kecik yang diberi nama 'PEWARIS' oleh mak bonda tercinta, terdiri daripada beberapa orang budak kecik yang berumur antara 5-11 tahun. Check this out ^_^!

adek-adek bersedia sebelum membuat persembahan..ala-ala artis gitue...huhuhu


dedek mijah, si budak kecik

cumiiiiiiilll!mijah, ika dan lia

Ika, member paling muda.Umur ika baru 5 tahun...

shorty Lia~baru tahun 1

we rock!

hmmm....menarila betul2 >.<

ops! salah ke??
These kids, are amazing. Persembahan mereka mendapat pujian daripada tetamu yang hadir. Walaupun persembahan mereka ada compang-campingnya (biasalah, buda-budak), mereka telah menunjukkan prestasi dan potensi yang boleh dibanggakan. Mereka juga telah berlatih dengan bersungguh-sungguh dan masing-masing telah menunjukkan perkembangan dan peningkatan dalam setiap sesi latihan. Selain belajar gerak tari, kanak-kanak ini turut ditekankan dengan aspek disiplin dan kejasama dalam kumpulan. Tambahan pula, latihan yang diadakan pada waktu petang, selepas waktu persekolah daat mengelakkan kanak-kanak ini membuang masa dengan aktiviti yang kurang berfaedah...the credit goes mak bonda as the founder and manager of the team and their parents, for letting their children join the team..hunny pernah tengok dan ikut beberapa sesi latihan dan dari satu sesi ke sesi yang lain, kanak-kanak ini belajar banyak perkara yang tidak terbatas kepada tarian sahaja..(and i always believe that both process and the end product are important)

Pereka tari budak-budak ni(Cik Acik) tidak mempunyai banyak masalah dalam melatih mereka bahkan ada di antara mereka yang sudah tahu mereka pergerakan yang unik dan kreatif. Kali pertama melihat adik-adik ni berlatih (masa tu kebanyakkan mereka berusia antara 4-6 tahun) hunny betul-betul 'impressed' dengan betapa cepatnya mereka menghafal gerak tari. Some of them were only four but their performance deserves a standing ovation. Kids are gem stones~they can do so many unpredictable great things. This actually reminds me of a poem posted by Syam, in his blog....klik sini untuk baca puisi tu...


Story says~ So, jangan anggap anak murid atau anak anda 'hanya sederhana'...they are greater that what we think they are...
Hunny says~nikah kelak mok ada persembahan gamelan.hahahaha