Baca ini dulu ya :)



Salam ^___^...terima kasih kerana singgah di blog hunny. Singgah, singgah juga. Baca, baca juga...tapi, hunny mohon, untuk mengingatkan diri hunny juga, agar janganlah blog ini dibaca sehingga anda mengabaikan kewajipan yang lebih utama. Hunnya tak mahu di akhirat nanti Allah tunjukkan pada hunny dosa hunny akibat menyebabkan ramai orang tinggalkan atau lengahkan solat, tak nak tolong ibu, tak buat kerja rumah, tak semak kerja murid, tak layan suami dan macam-macam lagilah...Jadi, kita beringat-ingat, berpesan-pesan ya. Allah suka lebih suka apabila kita bersederhana dalam sesuatu amalan, asalkan istiqamah dalam melakukannya :)...

Showing posts with label wow. Show all posts
Showing posts with label wow. Show all posts

Sunday, September 30, 2012

Erti Cinta dan Pengorbanan

Assalamualaikum ^___^

Hari ini, hunny tonton siaran ulangan rancangan Soal Wanita yang disiarkan di TV Al-Hijrah..(hehehe...dah wanita rupanya aku ni).Alaaa...rancangan yang dihoskan oleh Natasha Hudson yang cantik jelita tu. Hari ini, topiknya menarik hati hunny..'Dia...Permaisuriku..' Ada tengok?

Kali ini, tetamu jemputan rancangan ini adalah En. Abil Fikri Ahmad, yang merupakan seorang blogger dan seorang suami kepada seorang isteri yang sedang sakit. Hati wanita hunny amat tersentuh dengan segala pengorbanan yang dilakukan oleh seorang suami kepada isterinya yang sakit tu..Alahai...hunny tak nak banyak cerita lah. Nak tahu macam mana kisahnya, klik sini...abil4fauziah
Wajib baca >.

MasyaAllah..ni la contoh suami yang terima sungguh-sungguh lafaz akad, menerima isteri bukan sahaja dalam keadaan senang, tetapi dalam keadaan susah juga. Mana ada lafaz akad 'aku terima nikahnya A binti B hanya dalam keadaan dia sihat dengan mas kahwin sebanyak RM100 tunai...????

Hunny says ~ Isteri amanah dari Allah...bukan dari sebarangan makhluk....(petik dan ubahsuai dari En. Abil Fikri Ahmad)...runtun qalbu juga baca blog encik Abil ni...semoga pasangan suami isteri En. Abil dan Puan Fauziah akan terus berada dalam lindungan dan rahmat Allah...guys, support blog encik ni ye :)...

Friday, September 14, 2012

KARISMA

Assalamualaikum ^___^ 

Semasa sedang memindahkan gambar-gambar dari MC kamera ke lappy, hunny terjumpalah sekeping gambar yang tiba-tiba memberi hunny idea untuk menulis en3 ini. Tengok tajuk pun dah tahu kan, hunny nak berkongsi tentang apa. 
Karisma tu apa ya? Setiap kali sebut tentang karisma, kita rujuk kepada seseorang yang hebat..hebat mana? hebat 'waa'. Susah nak gambarkan guna perkataan tapi masa cari-googling, rata-rata maksud karisma merujuk kepada kebolehan untuk menarik perhatian, mempengaruhi dan memberi inspirasi kepada orang lain. Sejujurnya, hunny sendiri pun tak faham. Tapi, bila hunny tengok seseorang, hunny dapat label yang orang tu berkarisma atau tidak. Salah seorang classmate hunny kata karisma ni 'aura'..sesuatu yang tidak bersifat fizikal pada seseorang tetapi dapat dikesan oleh orang yang melihat. Lebih kurang macam gitulah.

Hunny tak pastilah sama ada karisma itu dilihat sebagai sesuatu yang subjektif atau tidak. Kalau nak bercerita tentang individu karismatik, hunny teringat kat bekas pengetua hunny masa zaman sekolah dulu. Beliau ni kan, kalau dia berucap kat atas pentas, pelajar-pelajar akan senyap. Sebahagiannya takut kena marah. Sebahagian lagi memang nak dengar apa yang dia cakap. Famous word dari Pengetua ni yang dia selalu ulang-ulang dalam ucapannya masa perhimpunan adalah 'Anda semua pelajar terpilih!'. At some point, ayat tu dan cara dia menuturkannya berjaya membuatkan kami sebagai pelajar, rasa bersemangat dan bangga jadi student kat sekolah tu. Dia dapat buat kami rasa nak belajar sungguh-sungguh dan dapat keputusan cemerlang. Dia juga suka guna phrase 'cemerlang, gemilang, terbilang!'. Hehehehe...cliche jugala..semua orang boleh sebut phrase tu, tapi bukan semua orang boleh buat ianya kedengaran hebat. Orang yang boleh sebut 'nasi goreng satu!' seolah-olah macam dia sebut 'kehidupan adalah anugerah yang patut kita hargai!' adalah orang yang berkarisma..kot #_#..

Hunny gatal tangan juga nak senaraikan 5 manusia famous yang paling berkarisma bagi hunny. Takde ranking sebab semua ada bidang kehebatan masing-masing. Hunny cuma senaraikan sahaja.

1. Malcolm X - giving up? Takde dalam kamus Mr. Malcolm ni.
2.Mahatma Gandhi - Kalau Mr. Gandhi ni masih ada dan dia hanya orang biasa, hunny rasa hunny tetap akan rasa nak pergi dekat je kat dia. Facial expression dia dengan gaya dia buat orang rasa macam dia ni senang nak didekati, tapi apa dia kata, orang tetap akan dengar.
3. Tun Mahathir  - idea dan kesantunan dia berbahasa..simple but strong.
4. SRK - ada ke yang kata, 'seriously???'..well, hunny memang selalu admire individu yang kuat bekerja, devoted, dedicated dengan kerja serta punya showmanship yang tinggi just like this fellow and other fellows on the list.
5. Nelson Mandela - tak pernah dengar pun En. Madela ni berucap, tapi bila tengok gambar dia je, hunny rasa something (chewaa)

Ramai lagi sebenarnya, tapi hunny ni taklah banyak sangat membaca tentang yang lain. Rasulullah S.A.W, is in his own class. Listed as the most influential man of all time di tempat pertama..sebab itu hunny tak nak list kan baginda dalam list kat atas. Hehehe...

Ni la gambar yang hunny jumpa. Boleh agak tak kenapa? Mr. J, if you're reading this blog, we miss you ^_^v.hehehe