Baca ini dulu ya :)



Salam ^___^...terima kasih kerana singgah di blog hunny. Singgah, singgah juga. Baca, baca juga...tapi, hunny mohon, untuk mengingatkan diri hunny juga, agar janganlah blog ini dibaca sehingga anda mengabaikan kewajipan yang lebih utama. Hunnya tak mahu di akhirat nanti Allah tunjukkan pada hunny dosa hunny akibat menyebabkan ramai orang tinggalkan atau lengahkan solat, tak nak tolong ibu, tak buat kerja rumah, tak semak kerja murid, tak layan suami dan macam-macam lagilah...Jadi, kita beringat-ingat, berpesan-pesan ya. Allah suka lebih suka apabila kita bersederhana dalam sesuatu amalan, asalkan istiqamah dalam melakukannya :)...

Monday, January 10, 2011

Mix and Match

Salam :)

Alrite, sebulan hunny bercuti daripada 'ngeblog' tapi itu tidak bermakna hunny dah melupakan dunia blog yang hunny 'cintai'. In fact, i've been gathering materials for this blog and soon, I'll share everything, Insya Allah.

Sinonim dengan bermulanya tahun baru, adalah azam baru bagi setiap orang. hampir setiap orang akan menyediakan azam atau sasaran tertentu yang harus dicapai sebelum tahun ini berakhir. Tapi, hunny tak nak berbicara tentang azam. In fact, my second post on 2011 will talks about 'relationship'. Anggap sajalah 'erti syukur' adalah post untuk akhir tahun 2010. (Gosh..my introduction is awfully boring...azam baru,baiki dan baiki lagi!apa2 jak la T_T)
scroll down please....



gambar apa?
yes, gambar sudu, garpu dan pisau. Ada apa dengan tiga benda ni? Kalau hunny kata ketiga-tiga objek ni adalah objek yang hebat, boleh percaya tak? Hunny ada sebab tersendiri untuk mengklasifikasikan sudu, garpu dan pisau sebagai objek hebat.
sebabnya :

Pisau
merupakan antara teknologi ciptaan manusia yang terawal iaitu kira-kira pada 2 1/2 juta tahun yang lampau. sebelum manusia purba mencipta teknologi lain, mereka telah mencipta pemotong yang pada asalnya diperbuat daripada batu dan tulang binatang. Pisau dicipta untuk memudahkan manusia pada zaman dahulu berburu dan mendapatkan keperluan hidup seperti kayu api, pakaian dan sebagainya. Penciptaan pisau kemudiannya diperhalusi supaya lebih praktikal dan lebih sesuai dengan keperluan-keperluan tertentu tetapi asasnya tetap sama iaitu mempunyai sisi yang nipis dan tajam dan tujuannya tetap adalah sebagai pemotong. Dalam zaman yang semakin maju, pisau diberikan nilai komersial dan ditambah dengan nilai estetika menjadikannya sebagai salah satu barang yang wajib ada, sama ada di rumah, mahu pun di luar rumah. Tak percaya? google la sendiri tentang sejarah pisau. Konferm you all ternganga. Bentuk pisau disuaikan mengikut kegunaannya. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 100 jenis pisau yang digunakan untuk berbagai kegunaan. Amacam?hebat? siapa tahu, peralatan rumah yang kadang-kadang orang tak pandang rupanya adalah satu alat yang cukup diperlukan.

Sudu
Seperti pisau, sudu juga telah digunakan dalam tamadun awal dunia. Terdapat bukti menunjukkan bahawa sudu telah digunakan dalam tamadun Greek dan tamadun mesir purba. Selain untuk kegunaan sebagai utensil, sudu juga digunakan untuk sebagai alat pertabalan bagi kerajaan tertentu. Percaya atau tidak?Google la sendiri. Pada zaman dahulu, ada sudu yang diukir dengan simbol tertentu seperti simbol keagamaan dan kepercayaan. Jenis dan bentuk sudu yang berbeza digunakan oleh individu mengikut taraf dan peranannya dalam masyarakat.

Garpu
Garpu dicipta dengan bentuknya yang sebegitu bertujuan untuk memudahkan kita mengambil makanan. Hmmm....walaupun tidak banyak yang dicatatkan mengenai garpu dalam sejarah dunia, hunny tetap rasa bahawa garpu adalah salah satu alatan yang hebat. Kenapa ya?

Jenis pisau yang ingin hunny perkatakan di sini adalah pisau kutleri. Bukannya pisau yang digunakan untuk memotong buah atau daging dan sebagainya...terhad kepada pisau untuk makan sahaja (^_^). Baik, sekarang kita lihat apakah hubungan di antara pisau, sudu dan garpu. Cuba bayangkan, anda hendak menikmati hidangan nasi ayam di sebuah restoran. Pada kebiasaannya, hidangan anda akan disediakan dengan kutleri yang bersesuaian. Biasanya, kutleri yang disediakan adalah sudu dan garpu. Adakalanya, pisau pun turut disediakan. Kenapa? Jika anda hanya diberikan sudu, cuba bayangkan bagaimanakah anda hendak memotong daging ayam dengan mudah. Bayangkan pula jika anda hanya diberikan garpu. Bagaimana pula anda hendak menyuap nasi. Akhir sekali, bayangkan jika anda tidak diberikan sebarang kutleri. Jika nasi ayam anda disertakan dengan sup, bagaimanakah anda mahu menikmati sup tersebut? Kesimpulannya, hubungan antara sudu, garpu dan pisau bolehlah diibaraktan seperti irama dan lagu. Jika salah satu daripadanya tidak ada, maka adalah yang tidak kena. Persoalannya, tangan kita hanya dua. Maka, hanya 2 daripada 3 alatan tersebut boleh digunakan serentak pada satu-satu masa. Oeh itu, pasangan manakah yang akan kita pilih?

A. garpu dan sudu
B. Garpu dan pisau
C. Pisau dan sudu


Mungkin, ada pasangan yang tidak masuk akal. Jawapan A dan B adalah kebiasaan manakala jawapan C kedengaran agak pelik. Tetapi itu tidak bermakna pisau dan sudu tidak boleh digunakan bersama. Mungkin, keadaannya adalah di luar norma dan kebiasaan, tetapi ianya tidak melampaui batasan. Fungsinya tetap sama, yang satu digunakan untuk memotong dan yang satu lagi untuk menghirup sup dan menyuap nasi. Keduanya tetap memainkan peranan masing-masing iaitu membolehkan makanan dipotong dan diambil.

Di dalam kehidupan, kita akan menemui bermacam jenis hubungan. Ada hubungan yang biasa, ada juga hubungan yang luar biasa. Sejauh mana kita melihat peranan masing-masing di dalam sesuatu hubungan, tergantung kepada keterbukaan kita menerima hubungan tersebut. A dan B mungkin biasa, tetapi ada segelintir yang selesa dengan C. Kadangala, keputusan menentukan hubungan bukan dilakukan atas dasar 'apa yang biasa' tetapi 'yang mana yang selesa'...Sudu, garpu dan pisau adalah analogi tentang bagaimana kita mengatur hubungan sesama kita~tujuannya cuma satu...ke arah kegembiraan dan kebahagiaan. The choices? it's in your hand. A, B atau C?yang mana pilihan anda...anda sendiri yang tentukan...apa sekalipun, niat tidak pernah menghalalkan cara. Jika adab menjadi halangan kepada C harus diingat tujuan adab adalah untuk 'memperbaiki' tingkah laku manusia...


sudu says~segalanya diciptakan berpasangan
hunny says~pening baca post ni ulang-ulang kali. Tunggang langgang!What to do? Hunny sedang dalam usaha memperbaiki penguasaan Bahasa Melayu hunny (azam baru)...sila berikan sokongan ^_^

1 comment:

anak cik talip said...

salam
aippp....fesbuk u dh terminet kah? jawaabbbb!!! hahaha