Baca ini dulu ya :)



Salam ^___^...terima kasih kerana singgah di blog hunny. Singgah, singgah juga. Baca, baca juga...tapi, hunny mohon, untuk mengingatkan diri hunny juga, agar janganlah blog ini dibaca sehingga anda mengabaikan kewajipan yang lebih utama. Hunnya tak mahu di akhirat nanti Allah tunjukkan pada hunny dosa hunny akibat menyebabkan ramai orang tinggalkan atau lengahkan solat, tak nak tolong ibu, tak buat kerja rumah, tak semak kerja murid, tak layan suami dan macam-macam lagilah...Jadi, kita beringat-ingat, berpesan-pesan ya. Allah suka lebih suka apabila kita bersederhana dalam sesuatu amalan, asalkan istiqamah dalam melakukannya :)...

Showing posts with label geram. Show all posts
Showing posts with label geram. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

Traffic Jam

Assalamualaikum ^____^

Lappy sudah kembali setelah semalaman bermalam di kedai servis komputer yang bertaraf langsung tiada bintang. Alhamdulillah, lappy berada dalam keadaan sihat sekarang. Jadi, bolehlah meneruskan kerja-kerja wajib (cthnya assignment) dan yang tak berapa nak wajib (blog entry).
Ok, berbalik kepada tajuk di atas, hunny menulis entry ini kerana akibat masalah yang berkaitan, hunny lambat masuk kuliah dan kena bagi show cause letter. Aduhai...bukannya sengaja. Tapi rasanya, memandangkan ramai yang pernah kena, baik masa nak pegi sekolah, kuliah atau tempat kerja, jadi hunny nak mengomel sedikit.
Pagi yang tak berapa nak bertuah itu, hunny dalam perjalanan balik ke institut. Kuliah mula jam 7.30 pagi. Hunny bangun pagi seawal 4.30 pagi, sebab tak nak lewat. Gerak dari rumah pun pukul 6.15 pagi...perjalanan dari rumah ke institut ambil masa lebih kurang 45 minit-1 jam. Now do the math. Kalau hunny gerak dari rumah pukul 6.15 pagi, pukul berapa agak-agak boleh sampai ke institut? Andaikan hunny balik guna jalan luar bandar, which means, no traffic light and no traffic jam; Sepatutnya, kalau halaju kereta 60km/j (yang biasanya ayah pandu dalam 70-80km/j), hunny boleh sampai ke institut kira-kira pukul 7.00-7.15 pagi kan? Paling lewat pun boleh lumba lari dengan pensyarah masuk ke kelas (my worst case scenario). Malangnya, pada pagi yang tak berapa nak bertuah tu, hunny sampai ke institut pukul 8.10 pagi..T_T..55 minit lewat daripada masa yang dianggarkan dan 40 minit lewat masuk kuliah..55 minit yang terlewat tu inilah yang terjadi..

(sumber-google image)



Sebab??kena beratur panjang dekat pangkalan feri masa nak menyeberang. Adoyai..banyaknya manusia nak turun kerja/kuliah/sekolah/pasar/ susah nak cakap. Barisan kereta yang beratur cuma ada satu lane. Ayah cakap, kalau tengok gayanya kena tunggu dalam 15 minit baru giliran masuk feri. Jadi, bolehla duduk dengan senang hati kan?sebab masa sampai kat pangkalan feri, jam baru pukul 7.05 minit. Tambah 15 minit, masih ada 10 minit extra sebelum kelas mula.
Tapi...ada tapinya...yang kena beratur panjang cuma kereta/bas/lori sahaja. Motosikal dan basikal tak payah susah-susah nak beratur. Itu masalah besar. Kalau dari seberang ni ada 1000 orang yang turun kerja naik moto ke seberang sana, agak-agaknya berapa kali feri tu ulang alik tanpa bawa kereta-kereta yang dah beratur panjang tunggu giliran berjam2? Patutnya, giliran hunny naik feri adalah lepas dua kali feri ulang alik dari seberang sini ke seberang sana. Tapi, gara-gara penunggang motosikal yang datang bederu-deru dan naik feri tanpa perlu que, giliran hunny delay sampai lepas 10 kali feri ulang alik. Masa tu dalam fikiran hunny macam ni.



harap sangat dapat naik moto sebab dah lambat nak masuk kuliah. Dalam hati memang dah pasrah 'konfirm kena dengan lecturer'. Habis tu nak buat macam mana? Bukan sengaja kan??
Takkanlah nak suruh orang yang naik moto tu beli kereta juga semata-mata nak mereka beratur. Tak adil juga rasanya suruh mereka beratur. Bayangkanlah kalau hujan lebat, orang yang pakai kereta enak je duduk dalam kereta. Tapi penunggang & pembonceng moto macam mana?
Tak adil juga kalau suruh pemandu kereta naik moto semata-mata sebab tak nak lambat turun kerja. Semua pun ada sebab sendiri kan? Dah tu, macam mana nak selesaikan masalah ni?Gerak dari rumah pukul 4.00 pagi? Guna jalan alternatif yang 2 kali lebih jauh? Adoyai...yang driving tu ayah hunny, bukannya hunny. Yang beli minyak kereta tu dia, bukan hunny. Jadi, takkanlah nak susahkan dia lebih2 (hunny versi anak baik). Kalau kita fikir itu cuma masalah kecik, tak semestinya orang lain pun fikir macam tu ye tak?
Jadi, sebagai bakal peneraju masa hadapan yang lambat masuk kuliah satu jam (rugi tau, belum lagi kena bambu dengan lecturer.huhuhuT_T) hunny harap sangatlah kat pihak tertentu tu, sudi2kanlah bina jambatan. Dari seberang sini ke seberang sana bukannya jauh sangat pun. Mak cik seberang sana laung 'kuih..kuih' pun boleh dengar dari sebelah sini. Kena bayar tol pun takpe...duit boleh dicari, masa tak boleh dibeli. Orang sebelah sini modal insan untuk pembangunan orang sebelah sana. Jadi, mudah2kanlah...sori kalau silap cakap..

hunny says~lagi satu, yang ni kena highlight KEPADA SIAPA-SIAPA YANG SELALU POTONG QUEUE NAIK FERI TU KONONNYA KECEMASAN TAPI SEBENARNYA TAKDE, TOLONGLAH INSAF ye. KALAU ADA 50 KERETA TENGAH QUEUE TAPI AWAK SENANG2 JE POTONG, 50 ORANG TU LA DOAKAN AWAK BETUL2 DAPAT KECEMASAN. LEBIH 40 ORANG DAH KAN? KALAU ALLAH BERKENAN, MAKBUL TAU.


Friday, May 20, 2011

Misteri Pencuri Spender

Salam ^_______^

Mood belajar belum ada...mood yang lain juga hilang entah ke mana..spending the whole morning reading blogs...sekarang dah gatal tangan nak tulis entri. Dalam ketiadaan mood belajar, tiba-tiba teringat kisah sensasi di asrama puteri..hmmmm..
Tersebutla kisah...suatu hari, asrama perempuan heboh dengan kes kecurian seluar dalam. Siapalah yang tak risau + takut + marah kalau kes-kes sebegini berlaku? Bukan tabiat perempuan tau nak curi pakaian dalam  orang...eewwww...jadi, berdasarkan bukti-bukti dan hipotesis yang telah dibuat, ramai yang sepakat bahawa pencuri itu adalah bukan dari kalangan penghuni asrama itu sendiri..maka, dengan itu, kes ini menjadi satu MISTERI...
Namun, tidak sukar untuk menjangka apakah keperibadian si pencuri 'budiman' itu yang tidak lain dan tidak bukan, adalah seorang...

hunny tidak dalam mood mereka bentuk dan mengedit..maka ini sekadar gambar hiasan...ingatkan  nak buat poster ala2 poster filem...ceh...bajet masa dan bajet mood tak mencukupi..sori.. :P...hmmm..macam tidak ada kaitan dengan sex maniac pun kan?kan?kan?

Situasi ini menimbulkan berbagai kesan dan tindakbalas daripada setiap individu bergelar wanita, dan individu bergelar lelaki yang merasakan diri mereka bertanggungjawab menjaga keselamatan wanita dan keamanan persekitaran mereka. Sukar untuk dipercaya, keselamatan dan keamanan yang selama ini menjadi jaminan ketengan telah dicerobohi oleh seorang pencuri tegar. Bagaimana keadaannya...test your empathy and put your own feet in our shoe..hunny tak nak cerita banyak...


Watching us???DEAR PENCURI SPENDER..take this advice...
GOD is watching YOU and definitely, HE is WATCHING OVER US. so STAY AWAY!


Hmmm...whoever and wherever you may be, you will never get away with this..stealing is a crime...stealing underwear is a harrasment... scaring people is a sin...those acts are actually  despicable...hmmm...do you even realize that? the more bad things you do, the more you will have to pay. Nothing comes without a price...surely and definitely ...you'll pay..

hunny says ~ sekadar perkongsian... :) maaf andai cerita tidak lengkap...rasa hati tidak mengizinkan..