Baca ini dulu ya :)



Salam ^___^...terima kasih kerana singgah di blog hunny. Singgah, singgah juga. Baca, baca juga...tapi, hunny mohon, untuk mengingatkan diri hunny juga, agar janganlah blog ini dibaca sehingga anda mengabaikan kewajipan yang lebih utama. Hunnya tak mahu di akhirat nanti Allah tunjukkan pada hunny dosa hunny akibat menyebabkan ramai orang tinggalkan atau lengahkan solat, tak nak tolong ibu, tak buat kerja rumah, tak semak kerja murid, tak layan suami dan macam-macam lagilah...Jadi, kita beringat-ingat, berpesan-pesan ya. Allah suka lebih suka apabila kita bersederhana dalam sesuatu amalan, asalkan istiqamah dalam melakukannya :)...

Sunday, September 30, 2012

Erti Cinta dan Pengorbanan

Assalamualaikum ^___^

Hari ini, hunny tonton siaran ulangan rancangan Soal Wanita yang disiarkan di TV Al-Hijrah..(hehehe...dah wanita rupanya aku ni).Alaaa...rancangan yang dihoskan oleh Natasha Hudson yang cantik jelita tu. Hari ini, topiknya menarik hati hunny..'Dia...Permaisuriku..' Ada tengok?

Kali ini, tetamu jemputan rancangan ini adalah En. Abil Fikri Ahmad, yang merupakan seorang blogger dan seorang suami kepada seorang isteri yang sedang sakit. Hati wanita hunny amat tersentuh dengan segala pengorbanan yang dilakukan oleh seorang suami kepada isterinya yang sakit tu..Alahai...hunny tak nak banyak cerita lah. Nak tahu macam mana kisahnya, klik sini...abil4fauziah
Wajib baca >.

MasyaAllah..ni la contoh suami yang terima sungguh-sungguh lafaz akad, menerima isteri bukan sahaja dalam keadaan senang, tetapi dalam keadaan susah juga. Mana ada lafaz akad 'aku terima nikahnya A binti B hanya dalam keadaan dia sihat dengan mas kahwin sebanyak RM100 tunai...????

Hunny says ~ Isteri amanah dari Allah...bukan dari sebarangan makhluk....(petik dan ubahsuai dari En. Abil Fikri Ahmad)...runtun qalbu juga baca blog encik Abil ni...semoga pasangan suami isteri En. Abil dan Puan Fauziah akan terus berada dalam lindungan dan rahmat Allah...guys, support blog encik ni ye :)...

Thursday, September 27, 2012

Ikhlas dan Redha

Assalamualaikum ^___^

Malam semalam, hunny tonton sebuah filem dari seberang yang agaknya sudah banyak kali ditayangkan di mana-mana. Tapi, baru malam tadi hunny berkesempatan untuk tengok filem yang bertajuk Hafalan Solat Delisa ni. Mungkin ramai yang sudah tahu jalan ceritanya, tapi hunny yakin, ramai juga yang belum. Tapi, hunny memang cadangkan filem ini untuk ditonton kerana salah satu pokok persoalan yang diketengahkan dalam filem ini adalah sesuatu yang sering kita lalaikan.


 Ceritanya berkisar tentang seorang kanak-kanak perempuan yang turut terlibat dalam tragedi tsunami Acheh tahun 2004. Kisahnya bermula apabila Delisa, yakni watak utama dalam filem ni nak menduduki ujian amali solat di sekolahnya. Delisa tinggal bersama ibu (Nirina Zubir - sangat suka lakonannya dalam filem ni :)) dan tiga kakaknya. Jika Delisa berjaya dalam ujian amali tersebut, ibu Delisa akan memberikannya seutas rantai pilihannya sendiri. Jadi, Delisa pun bersungguh-sungguh menghafal bacaan solat walaupun seringkali gagal. Pada hari ujian amali tersebut dijalankan, tsunami melanda Acheh. Maka, ramailah yang terkorban termasuk ibu dan kakak-kakak Delisa sedangkan Delisa kehilangan sebelah kakinya. Ayah Delisa yang kebetulan bekerja di luar negeri pada ketika itu, selamat daripada bencana tersebut lalu pulang apabila mendengar berita itu. Dialah yang menjaga Delisa selepas itu. Kemudian, bermulalah perjuangan Delisa dan orang di sekelilingnya menjalani kehidupan penuh dengan ujian tetapi mereka tetap tabah, redha dan ikhlas menghadapinya.

Babak runtun qalbu - 'sekarang cuma tinggal abi ni bi. Kan banyak kamar kosong kan bi. Delisa boleh nggak milih kamar Delisa sendiri?' ;(

Pokok persoalan yang hunny maksudkan dalam filem ini adalah keyakinan manusia kepada qada dan qadar ketentuan Tuhan. Perasan tidak, kita seringkali mengeluh apabila diberi ujian. Rasa tertekan, rasa tidak berdaya dan menyalahkan banyak pihak apabila merasa susah. Ini seolah-olah kita tidak menerima, redha dan beriman kepada ketentuanNya. Jika begini, bukankah kita telah melanggar salah satu rukun iman? Nauzubilllah...
Ya, ada ramai lagi di luar sana yang lebih susah daripada kita. Namun, dalam kesusahan itu, mereka masih mampu meneruskan kehidupan dengan tabah dan sabar. Dalam satu babak, Delisa muncung apabila sebelah kakinya tiada kerana dia fikir bahawa kakinya dihanyutkan air. Tapi, beberapa saat kemudian dia senyum apabila dapat menggerakkan kakinya yang sebelah lagi. Nilai kesyukuran yang amat tinggi turut ditonjolkan melalui watak kanak-kanak ini.

Sudah menjadi sifatnya, ciptaan manusia penuh dengan cacat-cela. Jadi, kepada jika anda belum pernah dan hendak menonton filem ini, janganlah mengharapkannya sebagai sebuah filem yang sempurna. Tapi, ambillah pengajaran dan mesej murni yang disampaikan melaluinya :)
Babak runtun qalbu - 'Delisa cinta ummi kerana Allah'

Berbalik semula kepada kisah Delisa menghafal bacaan solat. Dia seorang kanak-kanak yang pintar, tetapi susah sekali menghafal bacaan solat sehingga dia tertanya-tanya kenapa perkara itu terjadi. Ustaznya memberitahu bahawa, apabila seseorang susah melakukan sesuatu, maknanya dia tidak ikhlas kerana dia melakukannya kerana mahukan ganjaran, bukannya kerana Allah. Jadi, dari mula sehingga akhir cerita ini, membawa kita menyelami sedikit, maksud ikhlas yang sebenarnya...Kalau nak tahu lagi, tengoklah sendiri..banyak juga babak runtun qalbu.huhuhu...

Hunny says ~ Yeah! bersedia sudah menghadapi segala dugaan pada hari pembentangan kajian tindakan!..huhuhu

Sunday, September 23, 2012

Hina dan Bangga


Rumah kecil tiangnya seribu,
Rumah besar tiangnya sebatang,
Waktu kecil kau ditimang ibu,
Dewasamu ditimang gelombang...

Berhijrah ke alam remaja,
Menguji ketabahan jiwa,
Tiada seindah impian,
Sesungguhnya hidup perjuangan...

Cabarannya tetap datang,
Umpama laut bergelombang,
Yang gagah akan berdiri,
Yang lemah akan ke tepi...

Berjaya disanjungi,
Kecewa dibenci,
Begitulah lumrah manusia,
Agar kau tak kecewa...


Assalamualaikum ^___^
Familiar kan bait-bait lagu di atas? Kalau ada yang dah lupa, inilah lirik lagu 'Rumah Kecil Tiang Seribu' nyanyian Azian Mazwan Sapuan. Mungkin ada yang tak pernah dengar sebab lagu ni popular zaman 80-an dulu. Hunny sendiri pun tidak kenal siapa penyanyinya tapi sangat suka dengar lagu ni masa kecil-kecil sampailah zaman sekarang.
Bagi hunny, makna lagu ini sangat dalam. Kehidupan manusia senang diduga. Sudah menjadi lumrah, manusia yang kuat, gagah, cerdik, pandai dan berani akan dijulang manakala yang lemah, kekal di bawah. Namun, dalam dunia yang semua orang nak jadi kuat, siapa yang nak mengalah? Takkan semua orang boleh dapat tempat yang sama kan? Kalau ada satu takhta raja, adakah semua orang akan berebut nak jadi raja. Pasti ada manusia yang menghulurkan jalan untuk orang lain. Adakah manusia yang memberi jalan ini dikira lemah? Lumrah manusia memang begitu, tapi, penilai yang berhak hanyalah Allah. Semulia mana pun seseorang di mata manusia lain, tapi kalau hina di mata Allah tetap hina juga. Kalau seseorang hina di mata manusia tetapi mulia di sisi Allah, tetap mulia juga :)

Suka hunny nak ceritakan semula tentang kisah seorang pelacur yang sentiasa bergelumang dengan dosa sepanjang hidupnya. Kalau diikutkan, manusia yang banyak berbuat kemaksiatan tentulah Allah hukum di neraka. Tapi, pada suatu hari, si pelacur terjumpa seekor anjing yang hampir-hampir mati kehausan..Jadi, dengan rasa belas ihsan dalam hati, si pelacur pun mengambil air dari dalam perigi dengan menggunakan sepatunya lalu diberikan kepada anjing yang lemah itu tadi. Maka, atas belas daripada si pelacur dan dengan izin Allah, anjing itu pun segar kembali. Tidak lama selepas itu, si pelacur meninggal dunia. Selepas dia meninggal dunia, malaikat bertanya kepada Allah SWT, di manakah si pelacur akan ditempatkan. Di syurga, atau neraka. Allah SWT memerintahkan agar si pelacur dimasukkan ke syurga kerana dosa-dosanya telah diampunkan kerana dia telah berbelas ihsan kepada anjing. 

Lagi satu, kisah Firaun yang zalim pada zaman Nabi Musa a.s. Firaun sebagaimana yang kita ketahui adalah pemerintah yang mengaku bahawa dirinya adalah Tuhan dan sangat zalim. Mayitah diceritakan sebagai hamba, tukang sisir kepada anak Firaun. Pada suatu hari, semasa menyisir rambut anak Firaun, sikat yang dipegang oleh Masyitah terjatuh lalu dia mengucapkan 'Allah Tuhanku'. Anak Firaun yang zalim itu pun menceritakan kepada ayahnya apa yang berlaku lalu dengan marahnya, Firaun memerintahkan agar Masyitah menyembah dirinya sebagai tuhan. Masyitah enggan dan tetap dengan imannya menyembah Allah yang Esa. Lalu, Firaun mengugut Masyitah untuk membunuh ahli keluarganya. Masyitah tetap tidak takut. Ketika bayinya hendak dilemparkan ke dalam kawah, Masyitah menjadi takut. Tapi, dengan izin Allah SWT, bayi itu boleh berkata-kata untuk memujuk ibunya agar menerima syahid dan kekal dengan keimanan kepada Allah. Lalu, syahidlah Masyitah bersama keluarganya. Namun, Allah yang Maha Adil, menjadi kesyahidan Masyitah sebagai kebebasan untuk diri dan keluarganya di syurga. Allah jadikan kuburnya sebagai kubur yang harum mewangi, tanda kasih dan cinta Allah kepada hamba yang berpegang teguh di jalanNya. Firaun pula, seperti yang kita ketahui, tenggelam mati dalam laut dan menanggung kemurkaan Allah. Ada dua individu di sini; seorang hamba abdi, Masyitah dan keluarganya. Dan Firaun, pemerintah yang berkuasa.. Keduanya berbeza pada pandangan manusia. Yang seorang hanya hamba, yang seorang pula tinggi darjatnya. Tapi, di sisi Allah terbalik pula. Kan? Wallahualam...

hunny says ~ Ok lagi kalau melukut di tepi gantang...Jangan sampai Allah tak pandang...