Baca ini dulu ya :)



Salam ^___^...terima kasih kerana singgah di blog hunny. Singgah, singgah juga. Baca, baca juga...tapi, hunny mohon, untuk mengingatkan diri hunny juga, agar janganlah blog ini dibaca sehingga anda mengabaikan kewajipan yang lebih utama. Hunnya tak mahu di akhirat nanti Allah tunjukkan pada hunny dosa hunny akibat menyebabkan ramai orang tinggalkan atau lengahkan solat, tak nak tolong ibu, tak buat kerja rumah, tak semak kerja murid, tak layan suami dan macam-macam lagilah...Jadi, kita beringat-ingat, berpesan-pesan ya. Allah suka lebih suka apabila kita bersederhana dalam sesuatu amalan, asalkan istiqamah dalam melakukannya :)...

Sunday, September 23, 2012

Hina dan Bangga


Rumah kecil tiangnya seribu,
Rumah besar tiangnya sebatang,
Waktu kecil kau ditimang ibu,
Dewasamu ditimang gelombang...

Berhijrah ke alam remaja,
Menguji ketabahan jiwa,
Tiada seindah impian,
Sesungguhnya hidup perjuangan...

Cabarannya tetap datang,
Umpama laut bergelombang,
Yang gagah akan berdiri,
Yang lemah akan ke tepi...

Berjaya disanjungi,
Kecewa dibenci,
Begitulah lumrah manusia,
Agar kau tak kecewa...


Assalamualaikum ^___^
Familiar kan bait-bait lagu di atas? Kalau ada yang dah lupa, inilah lirik lagu 'Rumah Kecil Tiang Seribu' nyanyian Azian Mazwan Sapuan. Mungkin ada yang tak pernah dengar sebab lagu ni popular zaman 80-an dulu. Hunny sendiri pun tidak kenal siapa penyanyinya tapi sangat suka dengar lagu ni masa kecil-kecil sampailah zaman sekarang.
Bagi hunny, makna lagu ini sangat dalam. Kehidupan manusia senang diduga. Sudah menjadi lumrah, manusia yang kuat, gagah, cerdik, pandai dan berani akan dijulang manakala yang lemah, kekal di bawah. Namun, dalam dunia yang semua orang nak jadi kuat, siapa yang nak mengalah? Takkan semua orang boleh dapat tempat yang sama kan? Kalau ada satu takhta raja, adakah semua orang akan berebut nak jadi raja. Pasti ada manusia yang menghulurkan jalan untuk orang lain. Adakah manusia yang memberi jalan ini dikira lemah? Lumrah manusia memang begitu, tapi, penilai yang berhak hanyalah Allah. Semulia mana pun seseorang di mata manusia lain, tapi kalau hina di mata Allah tetap hina juga. Kalau seseorang hina di mata manusia tetapi mulia di sisi Allah, tetap mulia juga :)

Suka hunny nak ceritakan semula tentang kisah seorang pelacur yang sentiasa bergelumang dengan dosa sepanjang hidupnya. Kalau diikutkan, manusia yang banyak berbuat kemaksiatan tentulah Allah hukum di neraka. Tapi, pada suatu hari, si pelacur terjumpa seekor anjing yang hampir-hampir mati kehausan..Jadi, dengan rasa belas ihsan dalam hati, si pelacur pun mengambil air dari dalam perigi dengan menggunakan sepatunya lalu diberikan kepada anjing yang lemah itu tadi. Maka, atas belas daripada si pelacur dan dengan izin Allah, anjing itu pun segar kembali. Tidak lama selepas itu, si pelacur meninggal dunia. Selepas dia meninggal dunia, malaikat bertanya kepada Allah SWT, di manakah si pelacur akan ditempatkan. Di syurga, atau neraka. Allah SWT memerintahkan agar si pelacur dimasukkan ke syurga kerana dosa-dosanya telah diampunkan kerana dia telah berbelas ihsan kepada anjing. 

Lagi satu, kisah Firaun yang zalim pada zaman Nabi Musa a.s. Firaun sebagaimana yang kita ketahui adalah pemerintah yang mengaku bahawa dirinya adalah Tuhan dan sangat zalim. Mayitah diceritakan sebagai hamba, tukang sisir kepada anak Firaun. Pada suatu hari, semasa menyisir rambut anak Firaun, sikat yang dipegang oleh Masyitah terjatuh lalu dia mengucapkan 'Allah Tuhanku'. Anak Firaun yang zalim itu pun menceritakan kepada ayahnya apa yang berlaku lalu dengan marahnya, Firaun memerintahkan agar Masyitah menyembah dirinya sebagai tuhan. Masyitah enggan dan tetap dengan imannya menyembah Allah yang Esa. Lalu, Firaun mengugut Masyitah untuk membunuh ahli keluarganya. Masyitah tetap tidak takut. Ketika bayinya hendak dilemparkan ke dalam kawah, Masyitah menjadi takut. Tapi, dengan izin Allah SWT, bayi itu boleh berkata-kata untuk memujuk ibunya agar menerima syahid dan kekal dengan keimanan kepada Allah. Lalu, syahidlah Masyitah bersama keluarganya. Namun, Allah yang Maha Adil, menjadi kesyahidan Masyitah sebagai kebebasan untuk diri dan keluarganya di syurga. Allah jadikan kuburnya sebagai kubur yang harum mewangi, tanda kasih dan cinta Allah kepada hamba yang berpegang teguh di jalanNya. Firaun pula, seperti yang kita ketahui, tenggelam mati dalam laut dan menanggung kemurkaan Allah. Ada dua individu di sini; seorang hamba abdi, Masyitah dan keluarganya. Dan Firaun, pemerintah yang berkuasa.. Keduanya berbeza pada pandangan manusia. Yang seorang hanya hamba, yang seorang pula tinggi darjatnya. Tapi, di sisi Allah terbalik pula. Kan? Wallahualam...

hunny says ~ Ok lagi kalau melukut di tepi gantang...Jangan sampai Allah tak pandang...

No comments: