Baca ini dulu ya :)



Salam ^___^...terima kasih kerana singgah di blog hunny. Singgah, singgah juga. Baca, baca juga...tapi, hunny mohon, untuk mengingatkan diri hunny juga, agar janganlah blog ini dibaca sehingga anda mengabaikan kewajipan yang lebih utama. Hunnya tak mahu di akhirat nanti Allah tunjukkan pada hunny dosa hunny akibat menyebabkan ramai orang tinggalkan atau lengahkan solat, tak nak tolong ibu, tak buat kerja rumah, tak semak kerja murid, tak layan suami dan macam-macam lagilah...Jadi, kita beringat-ingat, berpesan-pesan ya. Allah suka lebih suka apabila kita bersederhana dalam sesuatu amalan, asalkan istiqamah dalam melakukannya :)...

Wednesday, October 3, 2012

Pemilik Cintaku, Selepas Allah dan Rasul


" InsyaAllah, yang penting yakin dengan kebolehan diri sendiri,k. Selamat membentang kertas kerja dan selamat maju jaya. Kecemerlangan itu diri sendiri yang menentukannya, ayah emak tetap mendoakan kejayaan untuk semua,amin"


Mesej teks yang ayahanda tersayang kirimkan semasa hunny minta doa restu agar dipermudahkan segalanya semasa pembentangan laporan kajian tindakan tempoh hari. Menitik terus air mata on the spot..(wahaha..tu la pasal kena guna text message. Boleh buat-buat cover tak nangis. Bukan sengaja tak nak call. Kalau call, haru-biru la alamatnya T_T)..ok, cukup induksi untuk hari ini.hehehehe :)..intro la...

Assalamualaikum ^____^

Apalah hunny, sikit-sikit cinta. Naik muak juga membacanya >.<..muak ke????hehehe...Jika sebelumnya hunny banyak membebel pasal cinta kepada pasangan (tak la banyak pun sebenarnya), kali ini, hunny nak kongsi tentang cinta manusia yang paliiiiiiiiiiiing suci, 'unconditional love' kata orang putih iaitu cinta ibu bapa kepada anak-anak...
Betul, bukan nak cakap besar, menitis air mata hunny masa terima sms daripada ayah masa tu. Hunny kirim sms yang sama pada mak...Minta doa dan restu...mak lambat sikit membalasnya sebab kebetulan masa tu mak ada kerja sikit kat masjid. Tapi, masa kat rumah Allah itu juga la bonda tercinta mendoakan agar anaknya yang macam ragam ni berjaya dunia akhirat, khususnya menempuh pembentangan kajian tindakan yang payah nak cakap tu...Hunny yakin, bukan hunny seorang yang begini. Pembaca juga kan? :)

Dari mula sebelum kita terbentuk jadi zigot lagi mak dan ayah kita memang mengimpikan kelahiran kita, menyayangi dan mengasihi kita sepenuhnya. Tak percaya? Berapa ramai yang masih belum nikah tapi dah berangan nak rancang ada anak sampai empat lima orang???Allah dah wujudkan naluri keibuan dan kebapaan tu sebelum seseorang ibu mengandung anak sulung..See...senang cakap, 'i know i love you before i met you'..kiranya macam itulah ibu dan ayah kita sayang dekat kita, lama sebelum kita terbentuk dalam rahim ibu. Kalau ada yang kata ibu sayang padaku sejak lahir, salah tu. Ibu dan ayah menyayangiku sedari dalam kandungan pun salah...hehehe...memandai je hunny. Tapi betullah tu..:P

Restu dan doa ayah ibu, ibaratnya seperti pos laju nak dapatkan redha Allah dalam melakukan sesuatu..contohnya, kalau esok kita ujian, malam ni kita sungguh-sungguh belajar. Siap solat sunnat hajat dua rakaat lagi mohon agar dipermudahkan menjawab soalan ujian. Tapi, kita lupa nak minta restu dan doa daripada orang tua. Yela, sibuk menelaah kan, sampai terlupa..InsyaAllah, dengan doa dan usaha kita tu tadi, kita akan dapat menjawab soalan ujian, jika itu rezeki kita. Tapi, ada tapinya, kadang-kadang, mesti ada rasa sedikit kekurangan. Resah semacam masa duduk ujian...kenapa agaknya? Cuba kalau sebelum duduk ujian, minta izin, doa dan restu dari ibu bapa dulu. Lapaaaaaaaaaang benar dada. Tak percaya??Cuba>.<

Dari kecil sehingga umur sekarang, entah berapa kali kita sakitkan hati ibu bapa dan kecewakan hati mereka. Tapi, pernah tak mereka buang jauh-jauh perasaan sayang mereka kepada kita? Tak pernah :) Kalaupun ada ibu bapa yang tidak menunjukkan kasih sayang mereka melalui peluk cium, keprihatinan mereka terhadap segala keperluan dan kehendak kita tanpa kita minta sudah cukup untuk membuktikan kasih mereka yang cukup suci itu.

Ramai orang tanya, kenapa hunny selalu sangat balik rumah. Asal ada peluang je balik. Asal ada peluang je balik.hehehehe...sekarang hunny nak jawab pertanyaan anda.

1. Kalau masa hunny bayi, tiap kali hunny nangis nak susu, nak tukar pampers, takut dan macam-macam lagi...walau macam mana letih pun mak, macam mana lena pun dia tidur, dia tetap akan bangun dan pastikan hunny tidur lena sampai ke pagi. Jadi, tak patut hunny tak nak balik rumah jenguk mak dan ayah setiap kali ada kesempatan. Kan?

2. Kalau masa hunny kecil, ayah selalu tolong hunny buat benda yang hunny tak tahu buat. Hunny ingat lagi, ada kerja sekolah ukiran kayu. Hunny tak tahu buat. Ayah pun tak tahu buat. Tapi, ayah tetap juga tolong hunny buat ukiran tu sebab dia tak nak hunny tak buat kerja sekolah. Jadi, patut tak hunny tak balik rumah dan tak tolong mak ayah?

3. Tiap kali hunny dan adik-beradik balik rumah, ayah dan mak pasti akan masakkan makanan kegemaran kami walaupun sebenarnya mereka sendiri tak makan makanan tu. Ayah hunny tak makan ikan pari. Tapi sebab dia tahu kita orang adik beradik suka makan ikan pari bakar, dia selalu belikan. Happynya mak ayah bila anak-anak ada di rumah, jadi, patut kah hunny tak nak balik rumah?

4. Sejak kecil, ibu bapa akan cuba untuk gembirakan hati kita. Belikan makanan yang kita suka, belikan baju yang kita suka, mainan, timang-timang, garu-garu belakang sampai kita tertidur (ni kes adik kecil hunny.hehehe)...jadi, kalau dengan cara menjenguk mereka boleh buat mereka gembira, apa salahnya kita buat kan? :)

5. Rumah hunny dekat saja dengan kampus. Tempat kerja ayah pun dekat juga. Jadi, kalau nak balik rumah, senang. Tinggal call saja ayah, nak ikut balik, dah boleh balik. Takde alasan sebenarnya hunny tak balik rumah melainkan ada tugasan di kampus.

Banyak lagi sebenarnya sebabnya. Pembaca sendiri pun boleh senaraikan sebab kita ni sama-sama anak kepada insan bergelar ibu dan bapa. Mohon maaf kalau jawapan hunny menyinggung perasaan yang pernah bertanya. Bukannya hunny jemu menjawab, cuma, mahu berkongsi di sini agar kita beringat-ingat bahawa kasih sayang ibu bapa kepada kita amaaaaaaaaatlah besar. Jadi, selagi ada daya untuk mengasihi, menjaga, menyayangi dan membalas jasa mereka, kita lakukanlah. Ya :)..Bagi yang belum call mak ayah tanya khabar tu, buat sekarang :)hehehehe...Bagi yang sudah tiada ibu bapa, sedekahkanlah doa untuk mereka kerana doa anak soleh, adalah bekalan amal yang berterusan untuk mereka di sana. 'Anak soleh' tau. Jadi, sendiri kena mau ingat.hehehe
...mak ayah tak pernah lokek doakan kita, jadi jangalah malas doakan mereka. Sekurang-kurangnya, itulah yang mampu kita lakukan kalau kita dah tak mampu buat benda lain untuk menggembirakan mereka. InsyaAllah..

Bagi yang belum tahu, hunny nak kongsikan di sini doa untuk ibu bapa :) Amalkanlah ya...ju baca rami-rami ^__^


Sunday, September 30, 2012

Erti Cinta dan Pengorbanan

Assalamualaikum ^___^

Hari ini, hunny tonton siaran ulangan rancangan Soal Wanita yang disiarkan di TV Al-Hijrah..(hehehe...dah wanita rupanya aku ni).Alaaa...rancangan yang dihoskan oleh Natasha Hudson yang cantik jelita tu. Hari ini, topiknya menarik hati hunny..'Dia...Permaisuriku..' Ada tengok?

Kali ini, tetamu jemputan rancangan ini adalah En. Abil Fikri Ahmad, yang merupakan seorang blogger dan seorang suami kepada seorang isteri yang sedang sakit. Hati wanita hunny amat tersentuh dengan segala pengorbanan yang dilakukan oleh seorang suami kepada isterinya yang sakit tu..Alahai...hunny tak nak banyak cerita lah. Nak tahu macam mana kisahnya, klik sini...abil4fauziah
Wajib baca >.

MasyaAllah..ni la contoh suami yang terima sungguh-sungguh lafaz akad, menerima isteri bukan sahaja dalam keadaan senang, tetapi dalam keadaan susah juga. Mana ada lafaz akad 'aku terima nikahnya A binti B hanya dalam keadaan dia sihat dengan mas kahwin sebanyak RM100 tunai...????

Hunny says ~ Isteri amanah dari Allah...bukan dari sebarangan makhluk....(petik dan ubahsuai dari En. Abil Fikri Ahmad)...runtun qalbu juga baca blog encik Abil ni...semoga pasangan suami isteri En. Abil dan Puan Fauziah akan terus berada dalam lindungan dan rahmat Allah...guys, support blog encik ni ye :)...

Thursday, September 27, 2012

Ikhlas dan Redha

Assalamualaikum ^___^

Malam semalam, hunny tonton sebuah filem dari seberang yang agaknya sudah banyak kali ditayangkan di mana-mana. Tapi, baru malam tadi hunny berkesempatan untuk tengok filem yang bertajuk Hafalan Solat Delisa ni. Mungkin ramai yang sudah tahu jalan ceritanya, tapi hunny yakin, ramai juga yang belum. Tapi, hunny memang cadangkan filem ini untuk ditonton kerana salah satu pokok persoalan yang diketengahkan dalam filem ini adalah sesuatu yang sering kita lalaikan.


 Ceritanya berkisar tentang seorang kanak-kanak perempuan yang turut terlibat dalam tragedi tsunami Acheh tahun 2004. Kisahnya bermula apabila Delisa, yakni watak utama dalam filem ni nak menduduki ujian amali solat di sekolahnya. Delisa tinggal bersama ibu (Nirina Zubir - sangat suka lakonannya dalam filem ni :)) dan tiga kakaknya. Jika Delisa berjaya dalam ujian amali tersebut, ibu Delisa akan memberikannya seutas rantai pilihannya sendiri. Jadi, Delisa pun bersungguh-sungguh menghafal bacaan solat walaupun seringkali gagal. Pada hari ujian amali tersebut dijalankan, tsunami melanda Acheh. Maka, ramailah yang terkorban termasuk ibu dan kakak-kakak Delisa sedangkan Delisa kehilangan sebelah kakinya. Ayah Delisa yang kebetulan bekerja di luar negeri pada ketika itu, selamat daripada bencana tersebut lalu pulang apabila mendengar berita itu. Dialah yang menjaga Delisa selepas itu. Kemudian, bermulalah perjuangan Delisa dan orang di sekelilingnya menjalani kehidupan penuh dengan ujian tetapi mereka tetap tabah, redha dan ikhlas menghadapinya.

Babak runtun qalbu - 'sekarang cuma tinggal abi ni bi. Kan banyak kamar kosong kan bi. Delisa boleh nggak milih kamar Delisa sendiri?' ;(

Pokok persoalan yang hunny maksudkan dalam filem ini adalah keyakinan manusia kepada qada dan qadar ketentuan Tuhan. Perasan tidak, kita seringkali mengeluh apabila diberi ujian. Rasa tertekan, rasa tidak berdaya dan menyalahkan banyak pihak apabila merasa susah. Ini seolah-olah kita tidak menerima, redha dan beriman kepada ketentuanNya. Jika begini, bukankah kita telah melanggar salah satu rukun iman? Nauzubilllah...
Ya, ada ramai lagi di luar sana yang lebih susah daripada kita. Namun, dalam kesusahan itu, mereka masih mampu meneruskan kehidupan dengan tabah dan sabar. Dalam satu babak, Delisa muncung apabila sebelah kakinya tiada kerana dia fikir bahawa kakinya dihanyutkan air. Tapi, beberapa saat kemudian dia senyum apabila dapat menggerakkan kakinya yang sebelah lagi. Nilai kesyukuran yang amat tinggi turut ditonjolkan melalui watak kanak-kanak ini.

Sudah menjadi sifatnya, ciptaan manusia penuh dengan cacat-cela. Jadi, kepada jika anda belum pernah dan hendak menonton filem ini, janganlah mengharapkannya sebagai sebuah filem yang sempurna. Tapi, ambillah pengajaran dan mesej murni yang disampaikan melaluinya :)
Babak runtun qalbu - 'Delisa cinta ummi kerana Allah'

Berbalik semula kepada kisah Delisa menghafal bacaan solat. Dia seorang kanak-kanak yang pintar, tetapi susah sekali menghafal bacaan solat sehingga dia tertanya-tanya kenapa perkara itu terjadi. Ustaznya memberitahu bahawa, apabila seseorang susah melakukan sesuatu, maknanya dia tidak ikhlas kerana dia melakukannya kerana mahukan ganjaran, bukannya kerana Allah. Jadi, dari mula sehingga akhir cerita ini, membawa kita menyelami sedikit, maksud ikhlas yang sebenarnya...Kalau nak tahu lagi, tengoklah sendiri..banyak juga babak runtun qalbu.huhuhu...

Hunny says ~ Yeah! bersedia sudah menghadapi segala dugaan pada hari pembentangan kajian tindakan!..huhuhu