Assalamualaikum ^___^
Untuk entri kali ini dan beberapa entri seterusnya, hunny akan cakap pasal asas-asas
sebuah perkahwinan. Bukan sebab hunny nak nikah, tapi sebab baru selesai
mengikuti kursus pra-perkahwinan.(hihihi) Memandangkan hunny bukanlah jenis yang
pengingat sangat, jadi hunny sumbatkanlah semua perkara yang hunny pelajari
dari kursus tu ke dalam blog ni. Sedikit sebanyak, bolehlah menjadi satu
perkongsian sebab apa yang hunny belajar, bukannya khusus untuk perkahwinan
sahaja, malah untuk kehidupan seharian juga. Kalau tulis dalam blog, insyaAllah
tak hilang (melainkan terdelete T_T). Nanti kalau nak nikah, senang. Taip saja
Piring Petri, terus boleh rujuk balik isi kandungan kursus. Hehehe…
Tapi, macam yang hunny tulis sebagai tajuk, kalau ada Part
1, mesti ada Part 2 dan seterusnya. Tujuan hunny bahagi-bahagikan menjadi
banyak Part adalah disebabkan isi kandungan yang agak banyak. Itu pun
kebanyakkannya adalah asas semata-mata. Suka hunny nak ingatkan, semua entri di bawah tajuk Cinta
Sampai Syurga ni panjang-panjang. Jadi, sebelum teruskan, sit back, and enjoy.
^^V
Ok, untuk bahagian yang pertama, hunny akan cerita pasal
perkara terpenting dalam sesebuah rumah tangga iaitu Akidah. Tidak ada akidah
masih boleh nikah. Tapi, kalau nak dapat rumahtangga yang bahagia, dan cinta
yang kekal insyaAllah sampai ke syurga, akidah kena ada, kena jaga ye tak? Yela, kalau nak bina masjid, kena ada asa yang kukuh. Kalau asas tak kukuh, nanti masjid runtuh. Kalau tak runtuh pun bergoyang, retak sini sana. Kan?
Kenapa akidah
penting?
Akidah penting sebab ianya adalah asas peribadi murni. Kalau
dalam sesebuah rumahtangga itu suaminya berperibadi murni, isterinya pun
begitu, anak-anak pun sama, agaknya, dari mana datangnya masalah? Siang malam ikut perintah Allah dan jauhi laranganNya. Allah suruh taat pada suami, ibu bapa, bertanggungjawab pada ahli keluarga, semua keluarga ni ikut. Agaknya dapat tak syaitan pecah-belahkan keluarga ni?Kalau ada
masalah pun, agaknya boleh tak keluarga ni atasi?
Apa itu akidah?
Akidah adalah setiap kepercayaan dan tingkah laku yang
diperlihatkan oleh seseorang individu muslim (gelaran bagi orang yang beragama
islam) melalui ucapan serta membenarkan dengan hati lalu ditunjukkan dengan
perbuatan. Semuanya haruslah berlandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
(Tentang Al-Quran, InsyaAllah hunny akan cerita pada entri seterusnya)
Akidah itu asasnya Islam, Iman dan Ihsan.
Apa itu Islam? Siapa orang Islam?
Ok, ingat dua ayat ini;
Pengertian Islam adalah,
1. Tunduk dan patuh kepada Allah SWT dan
2. Menunaikan ajaran yang dibawa oleh utusan Allah
iaitu Nabi Muhammad SAW.
Jadi, orang Islam bolehlah dikatakan sebagai orang yang
tunduk dan patuh kepada Allah serta menunaikan ajaran yang disampaikan oleh
utusanNya.
Faham?^__^
Apa pula pengertian iman?
Iman diertikan sebagai percaya dan yakin. Ingat tau, percaya
DAN yakin. Bukan percaya ATAU yakin. Keduanya harus hadir serentak. Kalau percaya sahaja tapi tak yakin tak boleh juga.
Kena percaya dan yakin kepada apa?
Percaya dan yakin kepada Allah, dengan cara, membenarkan
dengan hati bahawa Allah itu satu-satunya Tuhan yang wajib disembah dan Nabi
Muhammad itu adalah pesuruhNya. Membenarkan dengan hati haruslah disertakan
dengan ikrar melalui lisan bahawa kita percaya dan yakin. Akhir sekali, bila
hati dan tutur kata kita dah menunjukkan bahawa kita yakin, kita tunjuk dengan
perbuatan. Bagaimana?
Hunny ambil contoh mudah. Katakan bahawa anda suka warna
kuning. Dalam hati, anda yakin bahawa warna kuning adalah warna kegemaran anda
kerana anda sentiasa suka melihat warna kuning. Kemudian, anda beritahu semua
orang bahawa anda sukakan warna kuning. Bila anda dah yakin bahawa sukakan
kuning, jadi tingkah laku anda menunjukkan anda suka kuning. Anda beli barang warna kuning, puji barang warna kuning cantik dan memilih barang-barang berwarna kuning sahaja, kan?
Begitu juga iman. Anda yakin Allah itu ada dan dalam hati,
anda mempercayainya. Anda melafazkan kepercayaan anda dengan syahadah
(kesaksian) bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Dia dan Rasulullah itu pesuruhNya. Bagaimana caranya kita nak tunjukkan bahawa kita percaya kepada
Allah? Mestilah dengan cara mengikut semua perintahNya, meninggalkan
laranganNya dan yang paling penting sekali, tidak menyekutukan (iaitu menyamakan
Allah dengan makhluk lain atau menyembah selain Allah) Allah dengan apa-apa
sekalipun. Boleh faham tak?
Akhir sekali adalah Ihsan. Apa itu Ihsan?
Iman adalah percaya, kan? Kita percaya Allah ada, kita
percaya Dia melihat kita, mengawasi kita, menghitung kebaikan dan kejahatan
kita serta menjaga kita. Kalau kita yakin bahawa Allah melihat kita, beranikah
kita meninggalkan suruhanNya? Of course taklah kan? Adakah kita berani buat apa
yang disuruh dengan sambil lewa? Agak-agaknya macam ni;
“Ish,takkan aku nak sembahyang tak khusyuk ni. Allah sedang
tengok aku.” Haa..kiranya macam itulah ihsan.
Iaitu, melakukan ibadat dengan khusyuk, ikhlas dan yakin
bahawa Allah sentiasa mengawasi apa yang sedang dilakukannya.
Individu yang mempunyai akidah yang mantap, sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah. Dia sentiasa yakin dan percaya bahawa Allah itu Maha Berkuasa dan tiada Tuhan yang disembah melainkan Dia. Individu ini juga yakin bahawa Allah itu sentiasa ada dan memerhatikannya. Oleh itu, segala amalan dan ibadatnya dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah.
Boleh faham tak setakat ni? :)
InsyaAllah, kita sambung lagi pada en3 yang berikutnya ya. Salam ^___^
No comments:
Post a Comment