Malam semalam, hunny tonton sebuah filem dari seberang yang agaknya sudah banyak kali ditayangkan di mana-mana. Tapi, baru malam tadi hunny berkesempatan untuk tengok filem yang bertajuk Hafalan Solat Delisa ni. Mungkin ramai yang sudah tahu jalan ceritanya, tapi hunny yakin, ramai juga yang belum. Tapi, hunny memang cadangkan filem ini untuk ditonton kerana salah satu pokok persoalan yang diketengahkan dalam filem ini adalah sesuatu yang sering kita lalaikan.
Ceritanya berkisar tentang seorang kanak-kanak perempuan yang turut terlibat dalam tragedi tsunami Acheh tahun 2004. Kisahnya bermula apabila Delisa, yakni watak utama dalam filem ni nak menduduki ujian amali solat di sekolahnya. Delisa tinggal bersama ibu (Nirina Zubir - sangat suka lakonannya dalam filem ni :)) dan tiga kakaknya. Jika Delisa berjaya dalam ujian amali tersebut, ibu Delisa akan memberikannya seutas rantai pilihannya sendiri. Jadi, Delisa pun bersungguh-sungguh menghafal bacaan solat walaupun seringkali gagal. Pada hari ujian amali tersebut dijalankan, tsunami melanda Acheh. Maka, ramailah yang terkorban termasuk ibu dan kakak-kakak Delisa sedangkan Delisa kehilangan sebelah kakinya. Ayah Delisa yang kebetulan bekerja di luar negeri pada ketika itu, selamat daripada bencana tersebut lalu pulang apabila mendengar berita itu. Dialah yang menjaga Delisa selepas itu. Kemudian, bermulalah perjuangan Delisa dan orang di sekelilingnya menjalani kehidupan penuh dengan ujian tetapi mereka tetap tabah, redha dan ikhlas menghadapinya.
Babak runtun qalbu - 'sekarang cuma tinggal abi ni bi. Kan banyak kamar kosong kan bi. Delisa boleh nggak milih kamar Delisa sendiri?' ;( |
Pokok persoalan yang hunny maksudkan dalam filem ini adalah keyakinan manusia kepada qada dan qadar ketentuan Tuhan. Perasan tidak, kita seringkali mengeluh apabila diberi ujian. Rasa tertekan, rasa tidak berdaya dan menyalahkan banyak pihak apabila merasa susah. Ini seolah-olah kita tidak menerima, redha dan beriman kepada ketentuanNya. Jika begini, bukankah kita telah melanggar salah satu rukun iman? Nauzubilllah...
Ya, ada ramai lagi di luar sana yang lebih susah daripada kita. Namun, dalam kesusahan itu, mereka masih mampu meneruskan kehidupan dengan tabah dan sabar. Dalam satu babak, Delisa muncung apabila sebelah kakinya tiada kerana dia fikir bahawa kakinya dihanyutkan air. Tapi, beberapa saat kemudian dia senyum apabila dapat menggerakkan kakinya yang sebelah lagi. Nilai kesyukuran yang amat tinggi turut ditonjolkan melalui watak kanak-kanak ini.
Sudah menjadi sifatnya, ciptaan manusia penuh dengan cacat-cela. Jadi, kepada jika anda belum pernah dan hendak menonton filem ini, janganlah mengharapkannya sebagai sebuah filem yang sempurna. Tapi, ambillah pengajaran dan mesej murni yang disampaikan melaluinya :)
Babak runtun qalbu - 'Delisa cinta ummi kerana Allah' |
Berbalik semula kepada kisah Delisa menghafal bacaan solat. Dia seorang kanak-kanak yang pintar, tetapi susah sekali menghafal bacaan solat sehingga dia tertanya-tanya kenapa perkara itu terjadi. Ustaznya memberitahu bahawa, apabila seseorang susah melakukan sesuatu, maknanya dia tidak ikhlas kerana dia melakukannya kerana mahukan ganjaran, bukannya kerana Allah. Jadi, dari mula sehingga akhir cerita ini, membawa kita menyelami sedikit, maksud ikhlas yang sebenarnya...Kalau nak tahu lagi, tengoklah sendiri..banyak juga babak runtun qalbu.huhuhu...
Hunny says ~ Yeah! bersedia sudah menghadapi segala dugaan pada hari pembentangan kajian tindakan!..huhuhu
2 comments:
ktk ada cd cerita tok ka? minjam lok
cd nya xda..tp mun ktk mk, kmk blh berik k pdrive ^__^
Post a Comment