Baca ini dulu ya :)



Salam ^___^...terima kasih kerana singgah di blog hunny. Singgah, singgah juga. Baca, baca juga...tapi, hunny mohon, untuk mengingatkan diri hunny juga, agar janganlah blog ini dibaca sehingga anda mengabaikan kewajipan yang lebih utama. Hunnya tak mahu di akhirat nanti Allah tunjukkan pada hunny dosa hunny akibat menyebabkan ramai orang tinggalkan atau lengahkan solat, tak nak tolong ibu, tak buat kerja rumah, tak semak kerja murid, tak layan suami dan macam-macam lagilah...Jadi, kita beringat-ingat, berpesan-pesan ya. Allah suka lebih suka apabila kita bersederhana dalam sesuatu amalan, asalkan istiqamah dalam melakukannya :)...

Saturday, September 22, 2012

Cinta Sampai Syurga Part 5

Assalamualaikum ^___^

Pagi Sabtu yang indah sangat2.. Setelah beberapa hari menghadap artikel dan persediaan untuk pra-pembentangan, hari ni hunny memutuskan untuk bersenang-lenang (wahaha), bermalas-malasan sambil menghadap lappy dan menyambung en3 cinta sampai syurga. Agaknya, sudah lebih seminggu blog hunny tidak dikemaskini. Bukan apa, selain sibuk dengan kuliah, hunny juga sedang dalam proses untuk mewujudkan sebuah lagi blog (InsyaAllah).
 Baiklah, untuk en3 kali ini, kita akan berkongsi tentang apa kepentingan akidah dalam kehidupan dan dalam rumah tangga. Kenapa, tajuk akidah ini adalah tajuk yang mula-mula sekali diperkenalkan dalam kursus-kursus sebegini? Pada pendapat hunny, selagi mana seseorang itu adalah muslim, sewajarnyalah sebelum dia belajar menjadi doktor, cikgu, jurutera, petani, pensyarah dan sebagainya, dia kena belajar dulu bab ini. Sebabnya, segala pekerjaan halal yang ada di dunia ni pun, kalau pelakunya adalah individu yang kuat akidahnya, insyaAllah, kerjanya itu akan dijalankan dengan penuh amanah, tanggungjawab, lengkap dengan rasa iman, ikhlas dan ihsan. Betul?
Kalau kita lupa, dulu masa sekolah rendah, ini jugalah yang mula-mula sekali ustaz atau ustazah ajar. Hunny teringat lagi adik kecik hunny yang baru masuk Darjah 1 tahun ni balik rumah. Lepas itu mak tanya apa dia belajar hari ini. Adik kata, Rukun Iman. Siap dia mengamuk lagi bila tak ingat susunan rukun masa nak siapkan kerja rumah. Hehehehe..kalaulah tak penting, kenapa nak ajar awal-awal kan?..
Contohlah kan. Sebelum belajar memandu, kenapa kena ikut kursus dulu? kenapa tak terus belajar 'on the road' je?..Sebab dalam kursus itu penuh dengan peraturan, etika, adab dan sebagainya tentang pemanduan. Kalau, kita terus belajar memandu tanpa belajar hukum hakam atas jalan raya, kita masih boleh jadi pemandu. Tapi, pemandu yang mana satu lebih baik? Pemandu yang tahu peraturan, atau pemandu yang tak tahu peraturan? Pemandu yang ikut peraturan, atau pemandu yang tak ikut peraturan?

Peranan akidah dalam kehidupan insan. (Ada banyak, tapi yang dinyatakan di sini, ada beberapa sahaja.)

1. Panduan dan pegangan hidup.
2. Pengawal diri.
3. Membentuk akhlak mulia.
4. Mendatangkan ketengangan jiwa.
5. Menghindarkan penyelewengan.
6. Mendapat rahmat Allah
7. Memberi kekuatan diri.

Peranan akidah dalam rumahtangga pula ;
1. Benteng dalam menghadapi masalah.
2. Membina pergaulan baik antara suami isteri.
3. Asas pengurusan keluarga.
4. Membentuk sikap bertanggungjawab.
5. Semangat berusaha.
6. Bersyukur dan rasa mencukupi.

Allah mengajar kita dalam Surah An-Nisa ayat 59, maksudnya :

"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada 'Ulil Amri' (orang-orang yang berkuasa/pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian, jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (sunnah) Rasul-Nya. Jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat, yang demikian itu lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya" 

Dalam mengharungi alam rumahtangga, kita pasti akan menemui banyak konflik, masalah dan dugaan yang datang bersilih ganti. Suami dan isteri, sebagai dua individu yang berbeza, tidak akan selama-lamanya sependapat, sehati dan sejiwa. Ada masanya, perselisihan akan timbul antara keduanya. Sekiranya dibiarkan, atau tidak diuruskan dengan baik, konflik itu akan semakin mencengkam dan memudaratkan. Allah SWT, mengajar kita supaya setiap kali berlakunya masalah dan konflik, kita hendaklah berbalik semula kepada akidah. Kita hendaklah rujuk semula kepada Al-Quran dan Sunnah tentang bagaimana caranya kita hendak menghadapi atau menyelesaikan masalah yang timbul. Akal manusia, kalau tanpa panduan, sangat cetek dan pendek. Kalau tak disertakan dengan nilai moral dan panduan dalam berumahtangga, agaknya semua pasangan di dunia ini bercerai-berai dan porak-poranda. Wallahualam...

Contohnya, Allah ajar para suami dan isteri dalam Surah An-Nisa ayat 34, maksudnya;

“Lelaki adalah pemimpin bagi para wanita. Hal itu kerana Allah memang telah melebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu, wanita yang soleh adalah wanita yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak di rumah. Kerana Allah telah memelihara mereka. Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya (isteri tidak patuh pada suami), maka nasihatilah mereka dan jangan acuhkan mereka kala di tempat tidur dan pukullah mereka. Kemudian, jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar”.

Ayat ini menceritakan apa yang patut dilakukan oleh suami apabila isterinya nusyuz (derhaka pada suami). Caranya adalah menegur, tapi kalau tak dengar, pisahkan tempat tidur. Kalau masih lagi degil, pukullah bukan dengan niat untuk mencederakan tetapi sekadar untuk menyedarkan. Tapi, kalau isteri dah insaf, jangalah dipanjang-panjangkan lagi masalah itu dan janganlah mengambil kesempatan untuk terus menyusahkannya. Kalau suami tidak mengatasi masalah isteri nusyuz, boleh jadi dayus. Kalau ditangani dengan cara yang salah, isteri pula yang terseksa. Maka, pandai-pandailah ikut apa yang sudah Allah tetapkan kerana Dia lebih tahu...

Darjat lelaki Allah lebihkan satu tingkat, kerana suami dilantik sebagai pemimpin isteri dan keluarga. Tapi, Allah ingatkan kaum lelaki agar tidak menyalahgunakan darjat itu kerana Allah telah menetapkan hak-hak isteri dalam firmannya dari Surah Al-Baqarah ayat 228 :
 
“Para wanita memiliki hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang baik, dan kaum lelaki mempunyai kelebihan satu darjat atas kaum wanita. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”

Isteri wajib taat pada suami tentang perkara yang boleh ditaati. Suami pula mesti menjalankan kewajipannya dan menunaikan hak isteri seperti yang telah ditetapkan oleh syarak...Jadi, walaupun suami dilebihkan satu darjat, tapi tetap tak boleh memperlakukan isterinya sesuka hati.

Hunny ambil contoh lagi, bagaimana Rasulullah menangani isterinya ketika isterinya sedang marah.

Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan."
(Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

Isteri mana yang tak sejuk hati kalau diperlakukan sedemikian. Kalau tak percaya cuba...kalau tak menjadi sekali cuba lagi. Sebab, tiada yang lebih cepat menghilangkan kemarahan selain daripada istighfar dan mengingati Allah. Rasulullah pula tidak terus melatah atau menjauhkan diri apabila isterinya marah. Malah, baginda sejukkan kemarahan Aisyah dengan kemesraan dan doa...(ni baru romantik)

Zaman sekarang, kalau isteri marah, suami buat dono. Takpun, jadi lebih marah daripada isteri dengan alasan dia tu suami, jadi apa yang isteri buat tu semuanya salah..(apa kes dapat suami macam ni selalu la isteri kecik ati) Lama-lama macam ni, bukan setakat hati jadi sakit, tapi cinta pun jadi pudar.

Setakat itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Maaf andai ada yang tersalah ya, Allah lebih mengetahui...

Wahai para suami, isteri itu dijadikan daripada sebahagian rusukmu. Apabila kasar dirimu menanganinya, patahlah ia. Apabila tidak kau hiraukan, kekal bengkoklah ia...Pada akhirnya kelak, dirimu juga yang merasa seksa. Lenturkanlah isterimu dengan iman dan kesabaran, sepertimana kau mahukan dirinya menjaga dan melayanmu dengan penuh kesetiaan dan kelembutan. Wahai para isteri, dirimu sebahagian daripada suami. Diciptakan dari bahagian yang menyokong dan menjaga hati. Sokonglah dia dalam kebaikannya dan lindungilah hatinya daripada rasa tidak gembira. Jika tidak diperlakukan begitu, maka akan lukalah hatinya tercedera, serta tempanglah kekuatannya dalam melindungi dan mencintaimu.



hunny says ~ macamlah hunny dah nikah .wuhuhuhu...sekadar perkongsian...

No comments: