Baca ini dulu ya :)



Salam ^___^...terima kasih kerana singgah di blog hunny. Singgah, singgah juga. Baca, baca juga...tapi, hunny mohon, untuk mengingatkan diri hunny juga, agar janganlah blog ini dibaca sehingga anda mengabaikan kewajipan yang lebih utama. Hunnya tak mahu di akhirat nanti Allah tunjukkan pada hunny dosa hunny akibat menyebabkan ramai orang tinggalkan atau lengahkan solat, tak nak tolong ibu, tak buat kerja rumah, tak semak kerja murid, tak layan suami dan macam-macam lagilah...Jadi, kita beringat-ingat, berpesan-pesan ya. Allah suka lebih suka apabila kita bersederhana dalam sesuatu amalan, asalkan istiqamah dalam melakukannya :)...

Thursday, September 13, 2012

Cinta Sampai Syurga Part 4

Assalamualakum ^___^

Terima kasih kepada yang masih mengikuti perkembangan siri Cinta Sampai Syurga. (hihihi..mengikutila sangat) TQVM :) Untuk en3 kali ini, kita masih lagi dalam bab akidah. Hunny nak ingatkan sekali lagi bahawa apa yang hunny kongsikan di sini adalah hasil daripada apa yang hunny perolehi daripada kursus pra-pernikahan tempoh hari. Cumanya, hunny ada tambah sedikit dari segi huraian. Manalah tahu, ada yang tak tahu atau susah nak faham kan?...Jadi, kalau ada yang rasa terkurang tu, hunny minta maaf. Kalau ada yang nak tambah, silakan. Kecil tapak tangan, nyiru hunny tadahkan. Kecil ruangan comment, email hunny tadahkan. Tambahlah banyak mana pun :)

Untuk perkongsian kali ini, kita akan tengok prinsip-prinsip Islam, cara hidup Islam, peranan akidah kepada insan dan peranan akidah dalam rumah tangga. Sila scroll...:P

Prinsip-prinsip Asas Islam, antaranya adalah;
- Manusia diciptakan untuk beribadat kepada Allah
- Manusia adalah khalifah Allah
- Menjadikan Islam sebagai cara hidup

Cara Hidup Islam terbahagi kepada tiga iaitu;

1. Mengatur hubungan dengan Allah SWT dengan cara;
    - Iltizam dan patuh kepada hukum Islam
    - Bersyukur dan bertawakal

2. Mengatur hubungan sesama insan dengan cara;
    - mengadakan hubungan baik sesama manusia
    - Mengiktiraf hak orang lain
    - Bersikap sederhana
    - Menegak kebenaran dan mencegah kemungkaran.

3. Mengatur hubungan dengan alam melalui;
    - Menikmati anugerah Allah SWT dan
    - Memelihara ciptaan Allah SWT

Jika kita memahami sepenuhnya prinsip asas Islam dan menjalani kehidupan mengikut cara hidup Islam, kita akan menyedari bahawa kehidupan sebagai seorang muslim adalah cukup mudah. Malahan, prinsip dan cara hidup yang disarankan melengkapi semua aspek kehidupan. 

Manusia sebagai khalifah Allah - bunyinya kedengaran agak serius dan susah bukan? Apa makna khalifah? Apa kerja khalifah? Khalifah ni macam high standard bunyinya kan? bagi yang biasa dengar mungkin rasa biasa la. Tapi yang tak biasa dengar, mungkin agak lain. Ok, pertama sekali, harus diingatkan, kalau kita tak faham maksud sesuatu perkataan, kita boleh rujuk kat mana-mana sumber yang boleh kita percayai. Contohnya, buka new tab dan taip kat search engine tu 'pengertian khalifah'. Pilihla mana-mana sumber yang baik atau sumber yang anda senangi. Khalifah tu adalah perkataan dalam Bahasa Arab yang bermaksud ketua atau pemimpin. Nampak? bila dah translate ke Bahasa Melayu, boleh tak kita agak-agak apa sebenarnya tugas dan peranan khalifah?

Manusia sebagai khalifah Allah ni kiranya maksudnya adalah, manusia sebagai makhluk yang paling top berbanding makhluk-makhluk yang lain telah Allah lantik sebagai pemimpin di bumi. Cuba kita senaraikan tugas pemimpin. Antaranya adalah ;
- mengurus
- menjaga
- memerintah
- membimbing
- melindungi
- menjadi contoh

"Nak jadi khalifah macam mana? Aku ni orang biasa. Tak hebat mana pun. Duit pun sikit dalam poket. Hidup pun macam melukut tepi gantang. Ada ke, takde ke, orang lain tak kisah"
Ada ke yang berfikiran macam ni?

Ok, andaikan anda adalah orang biasa seperti monolog di atas. Suatu hari, anda terjumpa seekor kucing kelaparan kat tengah jalan yang tinggal nyawa-nyawa ikan. Anda ambil, bawa balik rumah, rawat dan bagi makan kat kucing tu sampailah ia sembuh. Anda lindungi dan jaga kucing itu daripada sakit, hujan, panas dan kelaparan. Nampak tak? Anda LINDUNG dan JAGA. Bukankah keduanya adalah salah satu tugas pemimpin?? Boleh tak haiwan atau pokok buat benda yang sama seperti yang anda buat kat kucing tu? Memang tak lah kan. Sekecil-kecil dan sehina-hina manusia di muka bumi ini, Allah memang amanahkan dia untuk jadi khalifah. Untuk pimpin dan urus bumi ni tidak kira sama ada pimpinannya itu besar atau kecil. Kalau pun kita tak pimpin dan tak urus benda lain, sekurang-kurangnya kita pimpin dan urus diri sendiri. Betul tak?
Allah bagi kita hujan, kita urus supaya dapat bertani, dapat minum dan dapat elektrik.
Allah bagi kita cahaya matahari dan suruh kita urus, supaya kita dapat jemur pakaian dan ikan masin.
Allah bagi kita pokok dan suruh kita urus, agar kita dapat buat rumah.
Allah bagi kita bumi, agar kita urus dan jaga sebaiknya.
Ini sekadar contoh, selebihnya anda fikirkan sendiri :)

Bagaimana kita nak buat semua tu? Ada macam-macam cara kan? Tapi, boleh tak kita uruskan pokok untuk buat rumah dengan cara menghapuskan satu kawasan hutan secara keseluruhan tanpa ambil kira haiwan-haiwan dan tumbuhan-tumbuhan lain yang nak hidup juga dalam kawasan tu?
Siapa kata boleh, cubalah tidur semalam kat kaki lima kedai. Rasa sendiri macam mana takde rumah >.<

Mestilah tak boleh kan? Sebab apa? Allah dah gariskan dalam Al-Quran, yang kita kena mengatur hubungan dengan alam melalui - memelihara Alam ciptaan Allah. Kalau kita musnahkan sesuka hati, pelihara ke tu?

Itu satu contoh. Andaikan pula anda ada jiran. Rumah anda dan rumah jiran takde pagar pemisah. Suatu hari, anda makan rambutan. Lepas makan sebiji, anda baling kulit rambutan dan secara tidak sengaja, kulit itu jatuh ke kawasan rumah jiran yang baru lepas dibersihkan. Apa yang patut anda buat? Cara hidup Islam menuntut kita untuk mengatur hubungan sesama insan dengan cara - mengiktiraf hak orang lain. Macam mana? Kutip balik sampah tu dan buanglah ke tempat yang sepatutnya. Kawasan laman jiran adalah hak dia. Kalau kita sedap2 makan, dia pula susah2 nak bersihkan, adakah kita mengiktiraf hak dia? 
Simple. Macam tu je pun. Bila tengok perkataan 'mengiktiraf hak' tu tak perlulah nak fikir jauh sampai ke PBB, NGO dan UNESCO segala.. Sebab itu Allah kata, semua manusia ni khalifah..simple je. Kalau faham...janji, kita buat apa yang Allah suruh.

Allah ciptakan kita untuk beribadat kepadanya-'Alamak, kena tiap masa ke solat, puasa, zikir semua tu?'
Takle...Allah lebih suka kita bersederhana dalam semua hal, tapi istiqamah.
Contohlah;
Tidur - ibadat 
Bangun pagi ucap alhamdulillah - ibadat
Bersihkan/sucikan diri - ibadat
Makan sarapan - ibadat
Niat nak tolong mak kemas rumah (niat je, belum buat lagi) - ibadat
Tolong mak kemas rumah - ibadat

'Eh, macam tu ke ibadat?'
Yela, sebab selagi mana kita melakukan sesuatu yang baik, yakni diharuskan, disunnatkan dan diwajibkan oleh syarak, dengan cara tunduk dan merendahkan diri dan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah, itulah ibadah. 
Kalau nak tahu lebih jelas lagi, boleh juga rujuk sini. :)

Mudah atau susah nak amalkan cara hidup ni? Agama sebenarnya memberi kemudahan, manusia yang selalu merumitkan kehidupan. Wallahualam..

Ok, sekian saja perkongsian kali ini. Seperti biasa, andai ada tersalah atau tersilap, mohon ditegur ya.
Akhir kalam, salam ^___^

No comments: